Monday, May 11, 2015

Tidak rasa memaksa anak-anakkah ??

بسم الله الرحمن الرحيم

Secara seriusnya inilah antara soalan cepumas yang saya terima.

"Tak rasa anak boring dan rasa memaksa ke bila suruh anak hafal Al-Quran setiap hari dan mengawal hiburan mereka.?"

Jawapan saya:
  1. Anak-anak sejak dari keluar dari bayi, kita perlu pimpin tangan mereka dan tunjukkan kepada mereka jalan yang betul yang perlu mereka lalui, jalan manakah yang membawa mereka kepada redho ALLAH dan kejayaan di dunia dan akhirat.

  2. Jika anda kata tidak mahu memaksa, apa kata anda sentiasa bagi pilihan kepada anak-anak samada nak belajar atau tengok TV, nak pergi sekolah atau ponteng, nak baca Al-Quran atau mengadap games berjam-jam. Semua ikut suka hati anak-anak.


    Tentu sahaja anak-anak akan pilih yang seronok dan tidak perlu menerah keringat untuk belajar, menghafaz AL-Quran dan membaca. Jadi relakah anda melihat anak yang 'tiada paksaan' itu bermain games, tengok TV, main games lagi, makan sambil main games juga dari celik mata hingga pejam mata. Solat pun culas, puas disuruh-suruh dan dijawab "sekejap, sekejap."

  3. Ini bukan soal paksaan. Tapi ia adalah soal tarbiah dari bayi. Terus terang saya katakan, bila mereka sudah biasa menghafaz AL-Quran dari bayi setiap hari, mereka sudah biasa, dan tidak terasa paksaannya.


    Alahai, setakat menghafaz AL-Quran tidak sampai setengah jam pun di rumah. Kemudian mereka akan keluar main basikal atau ke rumah sepupu.



  4. Malahan masa cuti kami tidak lepas dengan aktiviti yang menggembirakan anak-anak dan sebagai reward kepada mereka (dan diri sendiri juga) yang penat belajar dan bekerja dengan  melancong, ziarah rumah saudara dan rakan-rakan,  berjalan, mencari aktiviti luar kelas bersama anak-anak seperti memancing, ice skating, berbasikal, shopping, beli buku yang digemari,  namun AL-Quran tetap tidak ditinggalkan.


    Terapkanlah hidup kita dan anak-anak tidak sempurna jika tidak membaca AL-Quran walaupun sehari.

  5. Jika kita tidak mendisiplin anak-anak sejak dari kecil, jangan menangis menyesal di kemudian hari jika anak-anak sudah meningkat remaja dan susah nak dibentuk dan dinasihati lagi.

  6. Mendidik anak-anak dengan AL-Quran dan secara keseluruhannya seperti bermain tarik tali. Adakalanya bila nampak anak leka, ajak mereka sama-sama ulang hafazan. Bila nampak mereka agak penat, biarkan mereka bermain (dan saya sentiasa iringi dengan audio AL-Quran) dan mereka cukup suka kalau boleh ikut baba keluar ronda-ronda, pi rumah tokwan, pi tengok kambing, ayam lembu, balik rumah, makan mandi , kalau tak selesai hafazan, boleh selesaikan semula, kalau dah selesai, boleh buat urusan sendiri.


    Ucapkanlah bahawa kita bangga dengan mereka dan mereka sangat pandai kerana boleh menghafaz Al-Quran, mereka akan rasa amat dihargai.

    Setiap kali bawa anak melancong ke tempat yang mereka sukai, bagitahulah mereka, ini adalah ganjaran mereka bertungkus-lumus menghafaz AL-Quran di dunia, di akhirat nanti lagi seronok hadiah yang ALLAH akan beri, InsyaALLAH.
ALLAH berkati usaha kita semua dan menjadikan anak-anak penyejuk hati yang menggembirakan hati ibu bapa dan kebanggaan semua ahli keluarga. amin3

Saturday, May 9, 2015

Alhamdulillah, Perjuangan lebih 4 tahun

بسم الله الرحمن الرحيم

Konvokesyen itu bukanlah kemuncaknya jika sendiri tidak menguasai
apa yang kita tulis.

.......

Kejadian ini berlaku pada awal bulan Mac yang lalu. Saja tidak dikongsi gambar ini dilaman FB dan hanya dikongsi bersama saudara-mara dan rakan-rakan terdekat sahaja.

Bila ia sudah 'basi', barulah rasa nak berkongsi gambar ini. Itupun di dalam blog sahaja, bukan FB bagi mengelakkan pelbagai ucapan dan pujian. Malu rasanya nak terima pujian kerana diri ini belum lagi alim. Kalau tanya soalan, mungkin banyak tak tahu lagi.

Berkongsi di dalam blog lebih selamat dari sebarang komen samada positif ataupun tidak dan ia memberi ketenangan dan kepuasan kepada diri saya sendiri.

Alhamdulillah setelah hampir 4 tahun, kelas dan penulisan, Alhamdulillah dengan bantuan ALLAH yang amat banyak, berjaya juga habiskan penulisan tesis masters dalam bidang tafsir dan ulum quran dalam membincangkan tentang Kaedah Penyucian Nafsu dan Syahwat berpanduan Surah Yusuf Alaihissalam.
 منهج تهذيب النفس والشهوات من خلال سورة يوسف، دراسة موضوعية من خلال سورة يوسف
Boleh lihat dan download dari INSANIAH Online Library Catalogue (DI SINI)

Segala puji bagi ALLAH atas segala nikmat yang diberikan.

Pengalaman menulis tesis masters ini amat berharga. Oleh kerana kesibukan di tempat kerja, biasanya hanya sebentar sahaja masa mendapat peluang untuk mencari bahan dan menulis ketika pulang dari sekolah kerana kemudian adalah masa 'wajib' untuk mentasmik anak dan melihat kerja sekolah mereka. Kemudian nak melayan anak-anak untuk makan malam pula. 

Alhamdulillah berkat masa curi-curi itu (InsyaALLAH) ditambah masa cuti, Alhamdulillah selesai juga penulisan tesis.

Sekalung penghargaan, jazakumullahu khairan kathira, moga ALLAH membalas dan memberi ganjaran pahala yang banyak dan rezeki yang melimpah ruah kepada semua yang terlibat terutamanya:

1- Kepada suami yang membantu dalam segala aspek. 

Hinggakan sampai satu tahap menjadi penat dan jemu menulis hingga rasa nak termuntah dan sakit belakang, kepala, perut dan bahu (dahsyatnya!), suamilah yang memberi motivasi. 


Dan ada masa menjadi jemu, pergi keluar berjalan-jalan dan pergi bercuti, lari sebentar dari dunia tesis.

2- Kepada anak-anak yang sangat memberi sokongan dan bantuan ketika mama menulis.

Saya tidak menulis di tempat yang terpencil. Mengurung diri untuk menulis itu bukan amalan kami. Biasanya sambil menulis sambil tengok anak. Berhenti sekejap lipat baju. Berhenti sekejap sebab sakit belakang dan kepala. Berhenti lagi solat dan ajak anak solat. Berhenti lagi suruh anak-anak tidur. 

3- Kepada Dr. Hadi Musollin yang menjadi penyelia yang juga Dekan Kuliah Usuluddin di Kolej Universiti INSANIAH yang banyak meluangkan masa dan memberi teguran dan tunjuk ajar. ALLAH berkati doktor dan memberi ganjaran yang banyak.

4- Kepada ibu ayah (dan mertua) dan saudara-mara, ipar duai dan biras-biras yang selalu bertanya progress tesis dan memberikan motivasi untuk menyempurnakannya

5- Kepada kawan-kawan seperjuangan yang sentiasa berkongsi masalah dan saling memberi motivasi dan doa.

Rakan-rakan yang tolong menjaga anak-anak dan menjadi tempat tinggal anak-anak sementara mama dan baba ke kelas (sebelum menulis dulu). 

6- Kepada pembaca dan pengikut blog jika ada yang mendoakan diri ini sentiasa. ALLAH berkati kalian semua dan memberi ketenangan dalam hidup kalian dunia dan akhirat. amin3

Harapan saya moga tesis ini memberi manfaat kepada diri saya, lebih banyak bermuhasabah, lebih memahami tafsir Al-Quran, meningkatkan amal ibadah, rajin menuntut ilmu dan mengajarkan kepada orang lain, InsyaALLAH

MOHON DOAKAN SAYA DAPAT SEMPURNAKAN TESIS PHD (BAHAGIAN TAFSIR DAN ULUM QURAN JUGA)  DENGAN CEPAT DAN SEMPURNA...AMIN3
Ketika konvokesyen baba hampir 10 tahun yang lalu

Thursday, May 7, 2015

100 nikmat yang ALLAH kurniakan kepadaku - Siri 4

بسم الله الرحمن الرحيم

Marilah kita jadi hamba ALLAH yang bersyukur. 

25 nikmat yang keempat

  1. Nikmat anak-anak yang sering dapat A dalam hafazan
  2. Nikmat anak-anak mampu bangun awal pagi tanpa rungutan dan tangisan
  3. Nikmat anak-anak yang mampu solat diawal waktu
  4. Nikmat anak-anak yang sentiasa bertanya bila masuk waktu solat
  5. Nikmat anak-anak mampu menghafaz adan memahami pelajaran di sekolah
  6. Nikmat mampu beri faham kepada pelajar (ALLAH yang buka hati mereka untuk faham)
  7. Nikmat mampu sampai ke tempat kerja setiap hari dengan selamat
  8. Perjalanan hidup yang baik dari kecik
  9. Nikmat ALLAH pelihara diri ini dari fitnah dunia sejak kecil
  10. Nikmat menghafaz Al-Quran ketika kecil
  11. Nikmat tamat kuliah awal
  12. Nikmat tidak pernah gagal dalam peperiksaan
  13. Nikmat tidak pernah ulang paper
  14. Nikmat pernah mengenali para ulamak yang sangat ikhlas dan memberi tarbiah
  15. Nikmat ALLAH permudahkan urusan menyelesaikan theasis
  16. Nikmat ALLAH bantu menghadapi banyak ketakutan selama ini
  17. Nikmat ALLAH pelihara dari bala bencana
  18. Nikmat pernah pergi ke Syria
  19. Nikmat pernah mendirikan umrah
  20. Nikmat mampu berjalan dengan baik
  21. Nikmat mampu mendengar dan melihat dengan baik
  22. Nikmat anak-anak yang taat dan mendengar kata
  23. Nikmat mampu menyediakan keperluan hidup seharian dan untuk anak-anak
  24. Nikmat mampu menulis senarai 100 nikmat ini
  25. Nikmat mampu menamatkan 100 senarai ini.
MasyaALLAH. Benarlah nikmat ALLAH tidak terkira sejak kita lahir lagi. ALLAH jadikanlah kita semua orang yang bersyukur dan masukkanlah kita ke dalam syurga tanpa hisab. amin ya Rabb.

Monday, May 4, 2015

100 nikmat yang ALLAH kurniakan kepadaku - Siri 3

بسم الله الرحمن الرحيم

Marilah kita jadi hamba ALLAH yang bersyukur. 

25 nikmat yang ketiga

  1. Nikmat memperdengarkan Al-Quran setiap hari
  2. Nikmat hadir ke masjid untuk menuntut ilmu
  3. Nikmat menyampaikan ilmu
  4. Nikmat mengajar subjek agama yang memberi pulangan besar di akhirat nanti
  5. Nikmat menyediakan silibus agama menurut keupayaan semasa pelajar
  6. Nikmat menyediakan subjek tafsir dan hadis untuk para pelajar
  7. Nikmat cuti
  8. Nikmat melancong dan bercuti yang menyeronokkan
  9. Nikmat menziarahi saudara mara
  10. Nikmat aktiviti cuti yang menggembirakan anak-anak
  11. Nikmat teguran bagi kesalahan yang kita lakukan
  12. Nikmat mampu memberi teguran
  13. Nikmat ketenangan ketika bercuti
  14. Nikmat kemudahan berhubung dengan adik beradik
  15. Nikmat mampu menulis dan membaca, kunci ilmu
  16. Nikmat menghafaz Al-Quran dan memiliki sanad
  17. Nikmat memahami Bahasa Arab
  18. Nikmat mampu menulis dalam Bahasa Arab
  19. Nikmat menyelesaikan theasis
  20. Nikmat kelapangan untuk menulis
  21. Nikmat anak-anak yang rajin berkongsi pendapat termasuk pendapat tentang blog
  22. Nikmat perkahwinan yang bahagia hampir 10 tahun
  23. Nikmat kesihatan keluarga dan anak-anak selama ini
  24. Nikmat hafazan Al-Quran anak-anak yang baik
  25. Nikmat anak-anak mampu menambah hafazan baru dan menghantar dengan baik

Saturday, May 2, 2015

100 nikmat yang ALLAH kurniakan kepadaku - Siri 2

بسم الله الرحمن الرحيم

Marilah kita jadi hamba ALLAH yang bersyukur.

25 nikmat yang kedua

  1. Saudara mara yang baik
  2. Nikmat boleh makan
  3. Nikmat mampu mendidik anak-anak setiap hari
  4. Nikmat boleh menyediakan sarapan kepada anak-anak setiap hari
  5. Nikmat mampu menyelesaian tugasan kerja rumah setiap hari
  6. Nikmat rumah yang bersih
  7. anak-anak yang selalu membantu membersihkan rumah
  8. Anak-anak yang sudah pandai bertanggungjawab  ( basuh pinggan sendiri, tolong sidai baju, baju kotor letak dalam bakulnya, cuci tandas, mop lantai.)
  9. Anak-anak yang membantu jika sakit
  10. Anak-anak yang cepat menghafaz Al-Quran
  11. Nikmat menyambung pengajian
  12. Nikmat solat dengan sempurana dari berdiri, rukuk, sujud dan semuanya
  13. Nikmat mampu belajar dan mengajar Al-Quran
  14. Suami yang mahir dalam agama dan mampu berbincang tentang kemusykilan agama dan memberikan jawapan
  15. Nikmat bahan bacaan yang bagus
  16. Nikmat anak-anak yang minat membaca buku
  17. Nikmat boleh menambah bahan bacaan setiap hari
  18. Nikmat boleh menguruskan sekolah dengan sebaik mungkin 
  19. Nikmat penglihatan
  20. Nikmat Anggota yang sempurna
  21. Nikmat bangun sebelum subuh
  22. Nikmat berpagi-pagi dengan tenang
  23. Suami yang berkongsi ilmu
  24. Keluarga yang menjaga batas-batas agama dengan elok, insyaALLAH
  25. Saudara mara yang tidak mencemuh pemakaian dan amalan Islam seharian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...