Thursday, June 11, 2015

Membaca buku di PLAY BOOKS

بسم الله الرحمن الرحيم

Musim cuti sekolah kali ini kami banyak duduk di rumah sahaja. 

Oleh kerana 'masalah kesihatan' juga, aktiviti membaca (membeli buku) agak terbantut hinggalah terjumpa aplikasi 'play books' di handset.. Sebelum ini , tak pernah kisah nak membelek pun aplikasi tersebut.

Bila dah terjebak, banyak buku menarik yang dibeli.

Komen saya tentang aplikasi ini ialah:

1- Pilihan buku yang pelbagai. Buku masak, buku agama, kartun, novel dan macam-macam ada





2- harga yang lebih murah dari buku betul

3- Ada sample buku beberapa helai (banyak jugalah) untuk anda baca tentang buku tersebut.

4- Boleh dibeli bila-bila masa, asalkan ada debit card atau credit card. Tengah malam, kalau tak boleh tidur pun, boleh terus beli buku dan baca.




5- Jimat masa dan duit minyak pergi ke ke dia buku. Kadang-kadang stress jadi bila buku yang nak dibeli tiada di kedai buku.








Membaca amat menyeronokkkan.

Monday, June 8, 2015

Menjawab soalan.

بسم الله الرحمن الرحيم

Beberapa hari yang lepas saya menerima soalan ini di FB:



Jika jadual ketika anak-anak kecil dahulu, boleh dibaca di sini:




 Tapi sekarang anak-anak sudah besar, pembelajaran mereka lebih fleksibel mengikut masa lapang mereka dan tenaga mereka. Tetapi masa diberikan panduan dan tunjuk ajar jika terlalu leka.

Contohnya jadual mereka ketika cuti ini:
(oleh kerana tidak pergi jalan mana-mana lagi setakat ini...huhu)

Waktu pagi: mereka akan buat hafazan baru dan ulang hafazan lama
Tolong sidai baju, tolong masak, tolong basuh pinggan.

Waktu tengahari: Hafal sifir dan buat kerja-kerja sekolah yang dibekalkan

Ustazah pesan supaya hafal sifir ketika cuti.

Abdullah menghafal sifir menggunakan sifir 'a
yang dibeli tahun lepas


Malam: Tolong bersihkan rumah, sapu sampah dan mop rumah.
Kalau rumah dah bersih, kalau sempat boleh ikut baba pergi kuliah di Masjid

Masa terluang mereka akan bermain bersama, main bola dalam rumah, ikut baba pergi kenduri, tolong cuci lolam ikan, pergi solat di Masjid dan macam-macam lagi aktiviti.

Jadual harian setiap keluarga itu pasti berbeza dengan keluarga lain. Yang penting banyak faedah yang dapat sehari-hari. Jadikan ia fleksibel dan tidak stress, InsyaALLAH.

Moga ada manfaatnya.

Saturday, May 30, 2015

Whatssapp anak darjah 3

بسم الله الرحمن الرحيم

Whatssapp Abd Rahman kepada rakan kelasnya dengan menggunakan HP mama dan mendapat keizinan dari mama dulu.

Ada sayu dan syukur dalam hati.

Anak yang dahulu ketika kecil diajak dan dibiasakan ke Masjid, kini sudah boleh mengajak rakan-rakan ke Masjid. 

Moga mereka membesar dalam persekitaran yang soleh dan mampu memberi manfaat yang besar kepada ummat.

Thursday, May 28, 2015

Info Buku: Nikmatnya Sakit Bersalin

بسم الله الرحمن الرحيم

Jika ditanya buku apakah yang lebih cepat khatam, Buku info atau buku travelong (Buku cerita, kisah benar).

Jawapannya tentulah buku travelog.

Membacanya lebih santai, kadang-kadang sehari sudah boleh baca 100 mukasurat.

Berbanding buku yang penuh informasi yang perlu dihayati perlahan-lahan untuk memahami info yang diberi.

Buku kali ini sangat istimewa.



Mengisahkan tentang isteri kepada Che Amran yang bercerita tentang pengalaman beliau bersalin secara normal untuk 9 orang anak, disamping menyambung pengajian hingga ke peringkat PhD, dalam masa yang sama isteri kepada anggota kumpulan nasyid yang terkenal dan sibuk.






Sebuah buku yang menarik, penuh dengan cerita yang menyayat hati dan menitiskan air mata.

Banyak info dan teladan yang boleh didapati dari buku ini.

Membacanya tentu tidak menjemukan.



Monday, May 25, 2015

Info Buku: Homeschooling Satu Penemuan Pendidikan Berkesan

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya amat sukakan semangat dan keikhalasan kumpulan ibu bapa yang bertungkus lumus berusaha untuk mendidik anak-anak sendiri di rumah.

Homeschool

Ia perlukan satu kesabaran dan ilmu yang tinggi. Bukan setakat ikut-ikut orang sahaja.

Buku yang dibeli kali ini ada untuk menambah info tentang homeschool.



Buku ini adalah hasil tulisan penulis dan Indonesia menceria tentang homeschool khususnya di Indonesia, tapi banyak info berguna yang boleh didapati dalam buku ini.






Saya melihat masih belum banyak (atau tiada langsung?)  buku tentang homeschool hasil perkongsian keluarga di Malaysia.

Beruntunglah siapa yang menjadi perintis menulis buku tentang homeschool di Malaysia ini.








Buku ini memang memberi banyak info tentang homeschool.

Buku ini akan memberi anda faham lebih lanjut tentang homeschool.







Apa sekalipun yang kita lakukan, moga ia membawa kebaikan kepada kita dan keluarga di dunia dan di akhirat. Amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...