Monday, June 8, 2015

Menjawab soalan.

بسم الله الرحمن الرحيم

Beberapa hari yang lepas saya menerima soalan ini di FB:



Jika jadual ketika anak-anak kecil dahulu, boleh dibaca di sini:




 Tapi sekarang anak-anak sudah besar, pembelajaran mereka lebih fleksibel mengikut masa lapang mereka dan tenaga mereka. Tetapi masa diberikan panduan dan tunjuk ajar jika terlalu leka.

Contohnya jadual mereka ketika cuti ini:
(oleh kerana tidak pergi jalan mana-mana lagi setakat ini...huhu)

Waktu pagi: mereka akan buat hafazan baru dan ulang hafazan lama
Tolong sidai baju, tolong masak, tolong basuh pinggan.

Waktu tengahari: Hafal sifir dan buat kerja-kerja sekolah yang dibekalkan

Ustazah pesan supaya hafal sifir ketika cuti.

Abdullah menghafal sifir menggunakan sifir 'a
yang dibeli tahun lepas


Malam: Tolong bersihkan rumah, sapu sampah dan mop rumah.
Kalau rumah dah bersih, kalau sempat boleh ikut baba pergi kuliah di Masjid

Masa terluang mereka akan bermain bersama, main bola dalam rumah, ikut baba pergi kenduri, tolong cuci lolam ikan, pergi solat di Masjid dan macam-macam lagi aktiviti.

Jadual harian setiap keluarga itu pasti berbeza dengan keluarga lain. Yang penting banyak faedah yang dapat sehari-hari. Jadikan ia fleksibel dan tidak stress, InsyaALLAH.

Moga ada manfaatnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...