Saturday, July 28, 2018

Pelekat-pelekat peringatan dari anak-anak.

بسم الله الرحمن الرحيم

Abdullah meminta baba membelikan seletep yang tebal. Tak pasti pula apa yang ingin ditampalnya.

"Seletep tebal tak ada, baba beli masking tape je."

Abang Abbudey pula kelihatan begitu berminat dengan masking tape yang baba beli itu.

Selang beberapa minit, Abang Abbudey menampal beberapa ayat peringatan untuk dibacanya sebelum tidur.
Sticker amalan-amalan sunat yang Abang Abbudey tampalkan untuk mengingatkan dirinya sendiri.

"Nanti abang buat untuk mama sekali. Mama pun selalu lupa nak baca sebelum tidur."

Beberapa hari selepas itu Abang Abbudey tampalkan pula di dinding bilik kami.


Abang Abbudey tampal

Beberapa hari kemudian Abdullah pula tampal
tambahan (ayat kursi).
Katanya:
"Mama jangan lupa baca Ayat kursi."

Ayat yang atas sekali adalah doa yang diajarkan oleh Sheikh Ali As Sobuni 6 tahun lalu.



Pernah ditulis tentang doa ini dalam entri di sini:


Insyaallah bila terpandang sticker peringatan Abang Abbudey ini, insyaAllah tak lupa untuk membaca zikir-zikir ini sebelum tidur.

Walaupun simple, insyaAllah semoga ia menjadi ingatan untuk istiqamah dalam ibadah. Amin.


Wednesday, July 25, 2018

Kebimbangan dan ketakutan dengan jenayah.

بسم الله الرحمن الرحيم

Sepanjang masa, apabila terbaca dan terlihat tentang jenayah, amat menakutkan hati.

Jenayah terhadap kanak-kanak, kecurian, pecah rumah dan macam-macam lagi.

Sungguh ia merisaukan dan menakutkan hingga menyebabkan tidak boleh tidur.

Allah....

Janganlah takut dan sedih.
Allah bersama kita


 Sembahlah Allah yang memberikan keamanan ketika
kita ketakutan.

Ketakutan juga adakala hasutan syaitan yang
ingin melemahkan manusia.



Doa dan pergantungan kepada Allah moga Allah pelihara kita, anak-anak kita, zuriat kita dari sebarang kecelakaan dan kejahatan.

Sungguh kekuatan dan upaya kita untuk melawan kejahatan dan bisikan syaitan amatlah lemah tanpa bantuan Allah.

Malahan ketakutan dan kerisauan yang melampau  juga membuatkan kita jadi lemah, penat, sakit dan pening

Allah.

Allah jualah yang menguasai seluruh alam dan makhluk yang mampu memberikan ketenangan emosi dan menghilangkan segala ketakutan yang berlebihan.
Janganlah takut dan sedih

Banyak lagi perkara yang ditakuti. Takut tersasar dari landasan kebenaran. Takut jauh dari hidayah dan keberkatan Allah.

Allah...

Sungguh banyak perkara yang ditakutkan.

Bila menekuni ayat Al-Quran, adakalanya menjadi takut tergolong dalam golongan mereka yang dimurkai Allah.

Peliharalah kami semua dari  sebarang kecelakaan dan kejahatan Ya Rabb.

Sunday, July 22, 2018

Berdosa !

بسم الله الرحمن الرحيم

Lama sudah tidak mengajar kanak-kanak darjah 1, tahun ini kembali mengajar pelajar darjah 1, membuatkan saya kembali tersedar ada beberapa perkara yang saya terlupa tentang kanak-kanak ini.

Mengajar setiap peringkat kanak-kanak memang berbeza tindak balasnya.

Kanak-kanak sekecil pelajar darjah 1, mengajar pelajarannya mudah, namun perlu kemahiran mengawal kelas agar tidak bising. Perlu pandai tarik perhatian mereka untuk fokus.

Mengajar pelajar remaja pula perlu bersedia dengan soalan-soalan yang mencabar minda dan subjek pelajaran yang lebih sukar. Dan perlu tarik perhatian mereka agar tidak tidur dalam keals.

Antara perkara yang 'unik dan menarik' apabila mengajar kanak-kanak ini yang saya perasan semula ialah:

"Berdosa."

MasyaALLAH.. anak-anak ini apabila kita tanyakan apa yang akan terjadi apabila buat perkara buruk sekian, sekian...

Jawapan yang selalu mereka jawab ialah: berdosa.

Contoh:

"Kalau kita ambil barang kawan jadi apa?"

"Berdosa." Jawab anak-anak pelajar.

Bagai rasa lama tak dengar pekataan berdosa itu.

Mengajar anak darjah 1 juga perlu kreatif menarik perhatian mereka untuk fokus dan rajin membuat kerja.


Thursday, July 19, 2018

Kenangan masa kecil anak-anak

بسم الله الرحمن الرحيم

Allah...


Tahun ini adalah tahun terakhir Abang Abbudey di sekolah rendah.

Sudah 12 tahun Allah bagi nikmat kami untuk bersama-sama anak-anak.

Doa kami sentiasa semoga ALLAH pelihara anak-anak dari perkara buruk dan maksiat. Satukanlah kami semua di Syurga Al-firdaus

Amin Ya Rabb..



Seringkali apabila melihat gambar atau hasil kerja anak-anak ketika kecil, mesti terasa Ya Allah...pantasnya masa berlalu...


Segala yang telah berlalu seperti mimpi

Hasil tulisan diari Abang Abbudey dulu.

Seringkali juga ia membuatkan hati ini sebak.

Semoga ALLAH sentiasa redha dengan apa yang kita lakukan pada masa lalu dan berkati usaha kita kini dan pada masa hadapan.


Monday, July 16, 2018

Kenangan lalu tentang makanan

بسم الله الرحمن الرحيم

Bila dah berkeluarga dan anak-anak pun kian membesar, seringkali kita teringat kenangan lalu bersama ibu ayah dan ibu.

Adakalanya apabila makan.

Seperti yang pernah ditulis dalam entri 5 tahun lalu di sini:


Begitu juga apabila baba membeli donat bagi meraikan dan menghargai usaha anak-anak yang berusaha untuk menghafaz Al-Quran.

(Ada ditulis dalam entri di sini:


Apabila melihat donat ini teringat masa zaman kami kanak-kanak dulu, kalau abah balik dari Brunei (Abah dulu kerja 2 minggu di Brunei dan 2 minggu di Malaysia, tiap-tiap bulan abah naik kapal terbang ke Brunei)  dan bawa donat ini, mak akan potong 4 atau 2 supaya semua orang dapat rasa pelbagai jenis donat.

Begitulah apabila mempunyai adik beradik yang ramai dalam keluarga.

Perlu dididik berkongsi dan sama rata.

Makanan yang direbut-rebut itulah yang dirasakan sangat sedap.

Begitulah kenangan lalu yang mendidik kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...