Thursday, September 17, 2020

Masakan ketika PKP , siri 2

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 1/5/2020


Safihah atau pastry Arab

Teringat kedai roti tepi tangga universiti 15 tahun lalu

Belajar membuat pastry arab melalui You Tube ini




Berbuka puasa pada musim pkp dengan lebih tenang.

Kalau tak selalunya akan terkejar-kejar untuk baba pergi kuliah dan solat terawih.

Tahun ini lebih tenang. Terawih berjemaah di rumah setiap hari.

Membuat kuih semperit.

Tak ada acuan, kita bulat-bulatkan dan penyekkan. Yang penting rasa macam semperit.

Kek span perasa pandan.

Konflek sambal kegemaran saya sejak dari kanak-kanak


Kuih gunting

Alhamdulillah. 
Banyak pengalaman indah hidangan yang baru yang dapat dicuba ketika pkp ini.

Alhamdulillah

Sunday, September 13, 2020

Pertambahan kucing di rumah ini

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 16/4/2020

Ketika PKP fasa pertama, saya terjumpa post dalam Facebook bertanyakan siapa yang ingin mengambil anak kucing yang kehilangan ibu di pondok pengawal di kilang berdekatan dengan rumah.

Setelah berbincang-bincang, baba pergi ambil.

3 ekor kesemuanya.
Whitey
Kitty
Black

Itulah nama yang kami berikan.

Alhamdulillah anak-anak kucing yang sangat manja dan comel.

Walaupun pada mulanya kucing-kucing di rumah ini agak marah, namun lama-kelamaan semua ok sahaja.

Kitty

Whitey


Whitey

Ada black di situ

Tapi kucing di rumah ini sering sahaja menghilangkan diri.

Antara yang dah hilang:
Coco
Dobby
Ronny

Sedih bila kucing keluar dari rumah tapi tak balik semula.


Wednesday, September 9, 2020

Hakikatnya kehidupan

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 16/4/2020


Suatu pagi terjaga dari tidur dengan rasa hiba dan sedih, mungkin kerana kesan mimpi buruk.

Terfikir dalam hati, apakah hakikat kehidupan?

Adakah kita kehidupan seperti yang sepatutnya yang diperintahkan oleh Allah subhanahu wata'ala.

Selepas solat, hafazan Al-Quran hari itu ialah Surah Al Mukminun.

Ya Rabb.

Terus terjawab persoalan hakikat sebenar kehidupan dan ciri-ciri orang mukmin yang berjaya.

Allah...


Ciri mukmin berjaya berpandukan Surah Al Mukminun


Moga kita dalam melaksanakannya dan menjadi orang mukmin yang berjaya

Saturday, September 5, 2020

Perkongsian status di Whatsapp

بسم الله الرحمن الرحيم

**Entri ini ditulis pada 16/4/2020

Berikut adalah beberapa status yang saya simpan di sini kerana ada  nilai kenangannya.



Kenangan membela kambing.

Alhamdulillah mereka berkembang biak dengan baik.


Mula membela sejak tahun 2019










Tuesday, September 1, 2020

Kenangan masakan ketika PKP 2020

بسم الله الرحمن الرحيم

**Entri ini ditulis pada 16/4/2020

Pada awal-awal PKP, memang sangat merasakan kebosanan dan seterusnya menyebabkan banyak memasak dan makan. Iyelah, tidak pernah-pernah kena kurung dalam rumah, sudahnya tak tahu nak buat apa, masak dan makanlah yang banyak dilakukan.

Habis resepi yang tak pernah-pernah buat boleh dibuat.

Namun PKP fasa ke3, diri mula sesuai dan normal. Kembali boleh diet dan kurangkan masak dan makan.

Antara resepi yang berjaya dibuat ketika PKP ini ialah:

Kebetulan musim pelam bermula, maka dapatlah buat jeruk pelam.

Sempat juga buat jualan jeruk pelam COD.

Kek Gula hangus kesukaan baba.
Sebelum ni hanya beli saja, kerana PKP dapat belajar untuk buat.


Apam.

Pertama kali buat, alhamdulillah lembut elok

Aiskrim dan kon aiskrim


Ahmad turut sama buat apam

Goreng pisang
Biasa beli saja

Karipap

Ciskut mangga



Puding Oreo

Kek batik
Kesukaan sejak dari kecil
Sentiasa teringat-ingat kek batik.


Alhamdulillah.

Terasa nikmat Allah walaupun dalam PKP.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...