Monday, November 10, 2025

Aktiviti Ahmad Zaid di Pesantren Maulana Maghribi di Karanganyar, Solo, Indonesia

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 4/3/23


Kegiatan Ahmad Zaid sepanjang di Solo, Ahad hingga Selasa:


1. Bertanya bila nak balik Malaysia? Walaupun tolak hari datang dan balik, hanya 2 hari sahaja kami di Solo.


2. Minta baba kait buah rambutan setiap hari. Ada pokok rambutan besar dalam kawasan universiti. Di Solo sudah musim buah rambutan, durian dan manggis walaupun di Malaysia belum musim lagi.



3. Main bola. Ahmad fanatik dengan bola sepak. Abang Abbudey fanatik dengan motor. Adik fanatik dengan duit. Setiap hari pun Ahmad ajak main bola. Bukan sekali. Berkali-kali sehari.


Begitulah anak bongsu kami.

Saturday, November 8, 2025

Erti cuti

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 4/3/23


Cuti adalah untuk:

1. Rapatkan hubungan kekeluargaan: sebelum ini semua sibuk.


2. Eratkan hubungan dengan Allah: Tingkatkan ibadah. Sewaktu kerja: kurang tenaga dan masa.



3. Kumpul motivasi diri untuk sambung semula tugasan dengan lebih baik, insyaallah.


Cuti bukan bermakna CUTI DARI IBADAH DAN AKHLAK.

Thursday, November 6, 2025

Ahmad azan di masjid di Karanganyar, Solo.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 3/3/23


Ketika di Karanganyar, Solo, Ahmad tekad nak azan di masjid pesantren tempat kami menginap.


🧕🏻: Minta izin dulu, jangan pandai-pandai amik MIC. Sini bukan Maahad Al Iman.


Ahmad mandi awal, pergi masjid awal. Mama kat bilik dok risau dia pandai-pandai amik MIC.😅


Maghrib tu Ahmad betul-betul azan😅.


🧒🏻: Depa (Santri di situ) bagi Ahmad azan.



Dejavu. Sama macam Abang Abbudey masa kecik dulu. Berani dan tekad nak azan masa sampai Surau Al Hidayah di Sungai Petani, pastu tok bilal bagi dia azan.


Biar berani buat benda yang baik, jangan sebaliknya.

Tuesday, November 4, 2025

Tempat menarik dan ole-ole di Karanganyar. Musafir ke Karanganyar, Solo. Siri 6.

 

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 28/2/23.


Rasa rugi jika tidak menulis catatan kenangan musafir kerana mungkin akan lupa ditelan zaman.


Antara tempat yang kami sempat lawati dalam masa 2 hari di Karanganyar, Solo Indonesia ialah:


Hari pertama kami ke Indogrosir untuk beli ole-ole. Gudang membeli belah yang sangat besar. Sama seperti ketika Thailand dulu.


Beratur panjang untuk bayar. 
Ramai orang 


Sebelum keluar Ahmad nak minum milk shake.


Gedung membeli belah yang besar.



Menunggu baba bayar dalam kedai




Kemudian kami ziarah Masjid Agung Madaniah yang dibina menyerupai Masjid Nabawi di Madinah Al Munawwarah. Kami Solat Zohor di sana.


Ahmad Zaid pula teringin menaiki kereta kuda di hadapan masjid. Beria-ia Ahmad minta naik kereta kuda. Dengan bayaran 20ribu rupiah, Ahmad dan abang-abang menaiki kereta kuda dalam masa hampir 5 minit di depan masjid Agung Madaniah.







Seterusnya kami berhenti lagi kedai Banana Krezzz  membeli ole-ole tempatan.


Antara ole-ole yang kami beli ialah:


Pisang yang dibawahnya ada kulit popia.


Kek lapis ini tak tahan lama. Perlu makan segera.

Kebanyakan barang ada di Malaysia, tapi tak tahu nak beli apa😅


Seperti Amplang

Keropok-keropok ini bagi kepada kawan-kawan.

Tak tahu rasa macam mana.


Rasa seperti kuih karas


Keropok ini sedap juga. Rasa sambal geprek tapi tak berapa pedas.



Asalnya plan untuk ke pondok Pesantren yang mempunyai 15 ribu orang pelajar, tapi jalan ke sana memakan masa 3 jam, jadi dibatalkan plan tersebut.


Hari kedua, kami mencari makanan tempatan di Restoran Domba Lawu. Kawasan yang cantik, bersih dan makanan yang lazat.





Tulis untuk pesan makanan.




Kawasan yang cantik dan bersih 



Hidangan yang lazat. Alhamdulillah.


Selepas itu kami ke kawasan air terjun Jumog yang hanya 10 minit restoran tersebut. Tiada orang di sana kerana keadaan hujan ketika itu.


Kami pun tidak naik sampai ke atas sangat kerana hujan makin lebat dan suasana yang dingin.



Kawasan air terjun Jumog yang bersih. 

Tapi kami tak lama di sana kerana hujan lebat.




Alhamdulillah kawasan air terjun Jumog bersih.


Sebelum pulang ke universiti, kami singgah di IndoMaret untuk membeli gula-gula kesukaan Abang Abbudey.


Gula-gula kesukaan Abang Abbudey.



Alhamdulillah musafir yang singkat, tetapi Allah berikan kebahagiaan dan keseronokan. Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang memudahkan segala urusan.

Sunday, November 2, 2025

Mengapa kita diuji?

 بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 3/3/23


Ujian itu untuk menguji dan menentukan kualiti iman.





 لِیَبۡلُوَكُمۡ أَیُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلࣰاۚ 


((Untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya.))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...