Friday, October 12, 2012

Lukis dan print

بسم الله الرحمن الرحيم

Entry kali ini hanya ingin mempamerkan keseronokkan seorang budak lelaki 3 tahun apabila dapat print lukisannya sendiri.

lukisan yg Abdullah lukis sendiri

sukanya dia!

cuba teka apakah benda yg Abdullah lukis ini?


              KLIK SINI UNTUK LIHAT LEBIH BANYAK AKTIVITI KRAF YANG MENARIK 

Monday, October 8, 2012

I love Al-Quran, and you?

بسم الله الرحمن الرحيم

Buku ini adalah antara buku2 yang saya suka dan saya selalu sarankan kepada peserta SEMINAR LANGKAH MUDAH DIDIK ANAK HAFAZ AL-QURAN untuk membacanya.

Sebuah buku yang bagus dan santai sahaja

bukunya

isi kandungannya

harganya


Buku ini amat memberi keinsafan bagaimana sikap kita sebagai ummat Islam dengan AL-Quran.

Adakah kita membacanya saban hari?

Kalau bukan kita orang Islam yang membacanya, siapa lagi yang naka membacanya?

salah satu kisah yang menarik dengan kartun yang menarik
Gamabr di atas ini adalah mengisahkan tentang seorang cucu yang bertanya kepada datuknya kenapa kena baca AL-Quran setiap hari tapi dia tak faham pun?

Datuknya tak jawab pun. Datuk dia bagikan sebuah bakul (bekas tempat letak arang yang dah kotor hitam dengan debu arang) dan datuknya minta cucunya ambik air dari sungai yang jauh dari rumah mereka dan bawa air itu ke rumah.

Banyak kali cucunya mencuba, tapi gagal kerana manalah boleh bakul nak tadah air. Dan setiap kali juga, datuknya suruh cucunya cepat lagi supaya air itu dapat sampai ke rumah. Tapi masih gagal.

Cucu dia rasa sia-sia je buat kerja tak berfaedah macam tu.

Akhirnya datuknya menjelaskan motif dia suruh lakukan sedemikian. Datuknya minta cucunya melihat bawah bakul tersebut.

Bawah bakul itu dah bersih dan debu2 arang tu dah hilang.

Begitulah perumpaan orang yang membaca AL-Quran. Walaupun tidak faham, tapi ia dapat menyucikan hati.

Tapi mesti ada usaha untuk faham. Tafsir Quran dalam bahasa melayu banyak sekarang ni. Sampai dalam handphone pun ada aplikasi al-quran dengan tafsir..


beza ketika kecil dan besar.
Kecik2 dulu p masjid mengaji quran.
Bila dah besar, quran pun x kenal
agak sadis, tp itu realiti

Tempat Al-Quran hari ini:
1- berdebu atas almari
2- guna masa angkat sumpah jawatan
3- simpah elok2 dlm almari mahal
4- menjadi hantaran

ITU SAHAJA!
Semoga kita semua dapat istiqamah dalam mebaca al-quran setiap hari.
AMIN.


Sunday, October 7, 2012

SLIDE POWERPOINT 3 : WUDHUK DAN SOLAT


بسم الله الرحمن الرحيم

Berikut  Adalah Slide Powerpoint  tentang wudhuk dan solat yg digunakan dalam Kem Anak Soleh Dan Bestari Solat di Kuala Ketil.

Semoga sama2 beroleh manfaatnya. Amin

SLIDE POWERPOINT Wuduk n Solat

Thursday, October 4, 2012

VCD pembelajaran yang sangat membantu

بسم الله الرحمن الرحيم

Entry kali ini InsyaALLAH saya akan berkongsi dengan anda vcd pendidikan yang kami beli 5 tahun dulu (waktu balik dari Syria dulu)

Alhamdulillah vcd tersebut masih elok dan boleh dipakai lagi (sbb tak selalu guna pun.... =P)

Inilah vcd yang dimaksudkan

Boleh layari website tersebut utk maklumat lanjut ttg syarikat yg membuat vcd ini:
http://child-songs.com/index.php

dan ini fb mereka:
http://www.facebook.com/pages/Makkasoft-Company/191865910824218

Bermain dan belajar bersama Simsim dan Samasim (nama watak dalam vcd ini)
Apa yg best sgt tentang vcd ini?

Sebenarnya vcd ini banyak memberi aktiviti kanak2 yang memerlukan fokus dan perhatian yang tinggi. Ini dapat menggalakkan kanak2 untuk fokus dan menggunakan akal fikiran untuk mendapatkan jawapan.

Dulu masa anak-anak kecik, depa x paham lg mcmana nak guna vcd ini.

Watak dalam Simsim dan Samasim akan memberikan soalan dan beri peluang untuk anak-anak menjawab soalan. Kemudian mereka akan memberi jawapan kepada soalan tersebut.

Comel je soalan2nya.

Abdullah meneka jawapannya
Kalau rasa agak susah nak faham, jom kita tengok video di bawah ini.

 Kami mainkan vcd ini dalam kereta dalam perjalanan ke sekolah. Dari rumah ke sekolah = 25 KM = setengah jam. macam2 boleh buat dalam setengah jam tu, kalau masak nasik pon boleh siap.


Antara soalan yang ditanya dalam video di atas ialah:
Dia minta cari gambar yang sama bg dengan gambar yang ditunjuk.
Jadi ia melatih anak2 supaya mengingati susunan gambar2 tersebut



Dalam video ini pula soalannya:
1- Dia minta isi gambar yg sesuai dalam gambar tersebut. Macam buat puzzle.
2- Dia tanyakan keldai itu berada dalam gerabak keretapi warna apa? dan keretapi itu bergerak cepat. Jadi ia melatih otak kanak2 utk fokus dan matanya kena cepat tangkap warna gerabak keretapi yg ada keldai dalamnya.


malahan anak2 juga dibiasakan dengan bahasa arab.

Dan satu lagi yang sangat suka tentang vcd ini ialah ayat2 islamic yg digunakan oleh Simsim dan Samasim. Bahasanya sangat indah dan comel
Antaranya:

الحمد لله على نعمة الذكاء = Alhamdulillah atas nikmat kecerdikan

على بركة الله = Semoga diberkati ALLAH

توكلوا على الله = Tawakkallah kepada ALLAH

Walaupun ia hanya kartun ,tapi ayatnya yang berbentuk doa itu sangat indah....

OK. bagaimana pula dengan anda? Jom kongsi  maklumat VCD yang bagus yang anda miliki.

Tuesday, October 2, 2012

Dua Generasi beraksi di Masjid Al-Furqan

بسم الله الرحمن الرحيم

Forum bersama 4 Beradik (+2 org cucu) yg diadakan di Masjid Al Furqan . sg ular, kulim pd 30 .9.12 yang lepas.

Biar gambar menceritakan segalanya
(alasan standard tak tahu nak tulis apa)

Banner yang pihak masjid reka


Pentas Utama

Abang sulung sebagai Moderator


Ahmad Fawwaz Naufal Bin Aswad menyampai khutbah
Muhammad Abdul Rahman bin Amri mempersembahkan hafazan Surah AL-Muzzammil



Ahli2 Panel:
Ikut susunan dari kanan
Anak ke-2, Azli (kanan sekali)
Anak ke-3, Amri (tengah)
Anak ke-4 (kiri sekali)





Antara hadirin yang dipayungi sayap2 malaikat pada malam tersebut:



Cuba cari Abbudey dan uwais....nampak x?


Moga2 semua mendapat manfaat dan faedah dari forum ini, InsyaALLAH.

p/s: credit gambar: antaranya yang dishare jemaah di dalam Facebook.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...