Sunday, April 29, 2018

Pesan abah dan Pak Wa

بسم الله الرحمن الرحيم

Kata-kata seringkali meninggalkan bekas dalam hati.

Ada beberapa pesanan yang berbekas dalam hati.

Antaranya, sentiasa teringat pesan abah dan Pak Wa (abah kepada abah).

Seringkali Arwah Pak Wa berpesan kepada cucunya (Abdullah dan Abdul Rahman):

" Selalu doakan Arwah Moyang (mak kepada abah) masuk syurga ya?"

Rumah kampung yang bannyak kenangan


Begitu juga abah. Abbudey selalu bercerita:

"Pak Wa (Panggilan Abbudey kepada abah) selalu bagi RM 50 suruh masukkan dalam tabung masjid, pastu pak wa selalu pesan suruh doakan Moyang masuk syurga."

Sungguh.

Ia meninggalkan kesan di dalam hati.

Semoga kita semua tergolong bersama penghuni syurga Al-Firdaus.

Amiin...

Friday, April 27, 2018

Info buku: Seminggu Di Syurga.

بسم الله الرحمن الرحيم


Bagi yang sudah biasa membaca dan mengumpul karya-karya Prof Kamil Ibrahim dan Puan Roza Roslan pasti puas hati dengan hasil karya mereka.

Saya gambarkan hasil karya mereka dengan beberapa ciri:
1. Pasti mengingatkan kepada Allah dan ibadah.

2. Jalan cerita yang menusuk kalbu.

3. Terlalu banyak nasihat dan teguran buat pembaca.

4. Doa-doa yang terasa keikhlasannya.

Begitulah juga aromanya dengan karya terbaru dari Ablah Ibtisam yang berjudul Seminggu Di Syurga.


Membaca tentang kebahagiaan sahaja pun dapat membahagiakan diri. Alhamdulillah.

Beginilah cara untuk berehat sebentar dari kesibukan tugasan seminggu, menjana kembali semangat dan motivasi dengan membaca karya-karya yang bermutu, mengingatkan kepada matlamat utama hidup kita adalah menuju Al Firdaus.

Semoga keluarga ini diberkati Allah, dihindarkan dari fitnah dan terus menulis memberi manfaat kepada masyarakat.

Amin.

Insyaallah Allah rezekikan kita untuk baca dan tadabbur Surah Al Kahfi hari ini.

Thursday, April 26, 2018

Generasi Pelapis

بسم الله الرحمن الرحيم


Ketika menonton video amanah Dekan Kuliah Dakwah Mujamma' Sheikh Ahmad Kiftaro kepada graduan, antara perkara yang amat ditekankan ialah generasi pelapis.


Ya. Generasi yang bakal menyambung perjuangan kita.

Kita tidak akan kekal. Kita pasti akan mati. Kerana itulah dalam lubuk hati, sangat mengharapkan ada generasi seterusnya yang dapat menyambung usaha dakwah dengan penuh keikhlasan.

Amat merasai sedalamnya hasrat Sheikh Bassam dalam ucapan beliau.

Seperti mana beliau, kami juga mengharapkan ada generasi pelapis yang menyambung perjuangan kita. Membawa panji Islam, dakwah dan ilmu.





"Dah lebih 10 tahun kita mengajar, tak adalah lagi ke anak murid yang boleh jadi pelapis?" Membuka soalan berkongsi pandangan dengan suami.

"InsyaALLAH ada. Kita kena optimis. Kita dah usaha, insyaALLAH pasti ada hasilnya" Jawapan yang bernas

Mungkin dalam 100 anak murid yang kita ada, sukar untuk mendapatkan bilangan yang banyak yang benar-benar ingin fokus dan mendalam dalam bidang agama.

Begitu juga, jauh di lubuk hati, terkilan dan sedih apabila ada pelajar yang mahu berhenti dan tidak menyambung pengajian di universiti dalam bidang agama.

Tidak benar sebenarnya dakwaan bahawa pelajar sekolah agama dan tahfiz pasti akan disalurkan menjadi ustaz dan imam sahaja.


Realitinya dalam 100 orang pelajar , nak dapatkan 10 seorang pelajar yang akhirnya benar-benar menekuni bidang agama dan menjadi generasi pelapis yang benar-benar berkualiti amat sukar. Namun sangkaan baik pada ALLAH, insyaALLAH pasti ada generasi pelapis yang akan meneruskan usaha mendidik ummah dan mendidik anak-anak Islam. Amin Ya Rabb.

Masih tular lagi pemikiran dalam minda masyarakat bahawa kerja mendidik ummah, menjadi ustaz ustazah adalah kerja yang 'tidak cool' dan 'tidak popular' hingga mengakibatkan ibu bapa dan pelajar memilih bidang lain.

Ia tidak salah, insyaALLAH bidang yang dipilih juga ada kebaikannya kepada masyarakat dan bukan juga untuk mengatakan bahawa bidang yang lain tiada kaitan dalam agama. Namun sedikit kesedihan yang timbul untuk melihat benih-benih itu tumbuh menjadi generasi pelapis yang berkualiti, dicintai ALLAH dan RasulNya.

Usaha mendidik ini bukanlah usaha individu. Ia perlu kepada kekuatan ramai dan banyak pihak untuk kita membentuk masyarakat yang bertaqwa.


Input-input lain tentang video pesanan Sheikh Bassam ini ada ditulis di dalam entri di sini:
https://cinta-rasul.blogspot.com/2018/04/menekuni-video-amanah-dekan-kuliah.html

InsyaALLAH, ALLAH hadirkan generasi pelapis menyambung usaha dakwah dan tarbiah ummah, mahir dalam segenap bidang agama, bertaqwa dan ikhlas kerana ALLAH.

Amin

Monday, April 23, 2018

Info Buku: Pesan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Kepada Kita

بسم الله الرحمن الرحيم


Beberapa hari lepas, baru terperasan bahawa buku yang kami susun ini belum dikongsikan bersama di dalam blog ini.


Buku kecil ini diterbitkan sebagai cenderahati kenang-kenangan dari Majlis Perasmian Maahad Al Iman Li Ulumil Quran pada Bulan September tahun lalu.

Entri tentang majlis ini ada dikongsikan dalam entri di sini:



Buku ini sekecil 1/4 saiz kertas A4





Isi kandungan buku ini





Semoga buku kecil ini bermanfaat buat pemiliknya InsyaALLAH

Friday, April 20, 2018

Muhasabah diri dalam mendidik anak-anak dan percubaan pertama membaca buku Bahasa Arab tanpa baris.

بسم الله الرحمن الرحيم

Allah...

Adakalanya, berulangkali ia berlaku. Muhasabah diri kembali. Adakah cukup kuat usaha diri ini dalam mendidik dan mentarbiah anak-anak?

Lalu doa dipanjatkan kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala moga sentiasa memberi kesedaran dan peluang untuk mendidik dan mentarbiah anak-anak dengan maksimum.

Allah....

Rasa banyak lagi yang perlu dilakukan bersama anak-anak.

Kebetulan beberapa hari lepas, tiada bahan bacaan Bahasa Melayu yang baru di rumah. Saya salurkan keinginan untuk mengecapi detik indah membaca buku dengan mengambil buku cerita Bahasa Arab yang pernah kami beli 11 tahun lalu.

Buku cerita dongeng tentang kanak-kanak dalam Bahasa Arab.
Buku yang dibeli dan pernah dibaca 11 tahun lalu


Kandungan dalam buku ini tidak berbaris


Kebetulan Abdullah membelek-belek buku tersebut.

"Cuba adik baca, Mama nak dengar."

Maka, beginilah bacaan Abdullah.



Saya terfikir dan berdoa.
" Ya Allah harap sangat dapat ajar anak-anak baca buku Bahasa Arab tanpa baris setiap hari."

Tak perlu banyak.

Paling-paling sehari satu perenggan pun cukup.

Yang penting konsisten.

Ya Allah. Sungguh-sungguh saya berharap dapat mentarbiah dan mengajar anak-anak semaksimum mungkin.

Banyak lagi ilmu yang belum dikongsikan dengan anak-anak.

Kepada Allah jualah kami bergantung harap agar dapat mendidik anak-anak ke jalan kebaikan.


Teringat kembali, kenangan hampir 10 tahun lalu, pada ketika terjaga dari tidur, saya melayari internet dan menemui blog yang mengubah cara pemikiran dan kehidupan saya. Blog yang benar-benar memberikan kesedaran kepada saya untuk bersungguh-sungguh mendidik dan mentarbiah anak-anak.


Melihat kerajinan Kak Mahani mendidik anak-anaknya membuatkan air mata jatuh menginsafi diri. Terasa sangat lekanya diri. Banyak masa yang dibazirkan dari mendidik anak-anak.

Sejak dari malam itu tekad saya untuk mencontohi Kak Mahani dalam 2 perkara:
1. Dalam mendidik anak-anak secara lebih konsisten.

2. Menulis blog secara konsisten. Kerana penulisan blog dapat memberi kesedaran dan kesan positif kepada pembacanya.

Saya pernah tulis tentang ini di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.my/2012/12/percutian-separa-mengejut-ke-kelantan_14.html


http://cinta-rasul.blogspot.my/2013/12/facebook-ibu2-yang-rajin-dan.html

Allah... Semoga Allah beri kita peluang untuk sentiasa memberikan ilmu yang terbaik untuk anak-anak.

Banyak perkara yang ingin dilakukan bersama anak-anak.

Insyaallah. Allah berilah peluang dan petunjuk sentiasa kepada kita untuk sentiasa mentarbiah dan mendidik anak-anak dengan baik.

Istiqamah dengan mengajar anak-anak membaca buku Bahasa Arab tanpa baris setiap hari.


Amin Ya Rabb
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...