Saturday, March 30, 2024

Nikmat tasmik secara online

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 7/1/2022


Sejujurnya, rasa seronok dapat tasmik dengan guru, walaupun secara online. Alhamdulillah. Terkenang zaman mengaji di Tahfiz dulu-dulu.



Kita akan usaha bersungguh-sungguh supaya hafazan yang akan ditasmik lancar sebaik mungkin.


Sudah hampir 5 bulan saya tasmik secara online dengan ustazah.


5 kali seminggu. Pukul 9 malam pada hari kerja dan 7 pagi pada Hari Jumaat. Lebih kurang 40 minit untuk tasmik hafazan 1 juzuk bagi satu sesi.


Ia sangat membantu untuk menjaga hafazan bagi kita orang dewasa yang sibuk seharian.

Thursday, March 28, 2024

Plastic bag storage

 


بسم الله الرحمن الرحيم 


Sebab rimas bila plastik berkepuk-kepuk dalam laci, saya beli beg ni untuk susun plastik.


https://shope.ee/VjTjCpZoY




Settle!


Pilih beg jenis ni sebab ada ruang berbeza untuk plastik kecik dan plastik besar. Tak adalah kena punggah laci sebab cari saiz plastik tak jumpa😅


Cara lipat plastik supaya mudah tarik, jimat ruang dan tak serabut belajar dari YouTube.


Begitulah cara simpan plastik agar fikiran lebih tenang dan aman.😅

Allah beri peluang untuk terus berkhidmat

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 5/1/2022


Alhamdulillah masuk tahun ke15 menjadi guru dan tahun ke 8 memikul amanah sebagai guru besar.


Mula bekerja di Kedah tahun pada 2007, ketika Abdul Rahman berusia setahun. Sekarang Abdul Rahman dah tingkatan 4.


Mula menjadi guru besar ketika Abdullah darjah 1. Sekarang Abdullah dah tingkatan 2.



Pantasnya masa berlalu. Semoga ia berlalu seiring dengan bertambahnya amal Soleh dan semakin dekat dengan Allah.


Kita merancang usaha sebaiknya dan hati tidak henti-henti mengharapkan pertolongan Allah dalam setiap detik kehidupan. Allah jualah yang menganugerahkan segalanya. Alhamdulillah

Tuesday, March 26, 2024

Masih lagi dengan rasa ragu-ragu

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 3/1/2022


Pagi ini terfikir lagi tentang topik RAGU-RAGU. la banyak kali bermain dalam fikiran dan seringkali diluahkan dalam penulisan.



ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ


Tunjukilah kami jalan yang lurus.


-Surah Al-Fatihah, Ayah 6

Inilah penenang hati dalam mengha



rungi simptom ragu-ragu dalam membuat keputusan dalam kehidupan.

Sunday, March 24, 2024

Cemburu

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 31/12/2021


Sama seperti sahabat saya ini, cemburu rasanya bila melihat orang yang lebih berusia daripada kita, tapi lebih sihat. Ayahnya menyertai pertandingan lumba basikal !



Saya pula melihat mak abah mertua naik bas pusing Malaysia seminggu balik sihat ceria saja. 


Kita ni balik KL sehari, habis sakit-sakit badan, pening kepala walaupun tak drive pun..huhu..Apalah yang lembik sangat aku ni.?.🙃


Kesihatan itu sangat dirasai nikmatnya pabila ia semakin pudar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...