Wednesday, March 18, 2009

Ujian Allah


Hidup ini ibarat roda yang berpusing...Suka duka silih berganti...Jika 4 hari lepas aku sekeluarga seronok berjalan di Perak, dua hari lepas aku diuji dengan kemalangan..Mungkin sebagai kaffarah buat diri yang lalai, mungkn peringatan buat diriku yang selalu memecut laju agar memandu lebih cermat, Mungin juga untuk menguji kesabaranku sejauh mana aku masih bersyukur dengan nikmat Allah dan tidak tergadah dengan ujian yang diberi... mungkin juga untuk meninggikan darjatku agar lebih hampir dengan Rabb..
Kemalangan bermula begini..


-Abbudey masih mampu tersenyum comel


Aku ingin keluar ke rumah kawanku sebelum nak ke kuliah kt tmn depan tu.. Aku ingat nak keluar sendirian. Kebetulan Abbudey nampak, jadi mcm biasa, dia mesti nak ikut.hati ni tak mau bg ikut tp tangisan dia yang kuat menggamit aku semula utk bawa dia bersama. Selalu aku pakaikan dia helmet, tp hari tu tak terasa plak nak bubuh helmet kat kepala dia. Cam biasa aku bawa moto, tak laju pun. Aku bagi signal utk belok ke kanan tiba-tiba "bang", aku tertiarap dan anak aku melambung dan terpelanting jauh dek rempuhan gila budak muda yang tak berhemah.

-Alhamdulillah aku cuma luka di tangan, lutut n tergeliat kaki, 3x kena urut-

Dalam kepala aku tidak yang lain kecuali Allah dan anak aku. Spontan peristiwa pengebumian sepupu aku minggu lepas yang mati kemalangan terbayang di kepala. Anak aku menjerit kuat, aku segera periksa kalau-kalau patah kaki atau tangan, yang paling dibimbangi kepalanya sbb tak sarung helmet. Alhamdulillah hanya luka-luka kecil dan ringan saja. Seusai berubat kat klinik berhampiran selepas di hantar seorang pak cik yang prihatin aku buat selesai secara luar saja dengan budak tu. Kalau report kat polis nahas dia sbb dia lesen P dan dia potong double line dan rempuh dari belakang.

Ya Rabb! Terkadang diri ini selalu leka, hari ini engkau ingatkan aku betapa maut begitu mudah menjengah. Semoga engkau terus berkati sisa-sisa hidup ini ya Allah.
Seingat aku, selama tiga tahun usia Abbudey dah tiga kali dia menerima kemalangan yang menyebabkan luka agak teruk..

Pertama: sewaktu di Syria. Masa aku angkat dia atas push chair (ada org sebut stroller atau kereta sorong). untuk naik ke rumahku di tingkat tiga yang dianggap antara rumah yang tertinggi di kalangan pelajar Malaysia Syria, kalau nak panjat ke rumah aku, mesti semput. Tak tau camna, tempat pegang depan push chair tu terbuka n kena pipi dia, berdarah sikit.



-Pipi Abbudey yang berdarah terkena pemegang depan push chair_
kedua: Dia jatuh depan rumah wan dia di Kuala Ketil, berdarah kat atas mulut, sampai lani ada lagi tanda.

ketiga: kemalangan motosikal dua hari lalu dan ini luka yang paling teruk. Tapi Alhamdulillah, aku anggap Abbudeyy seorang yang tabah n kuat... Dia taklah menangis teruk sgt..Taklah merap sgt..Masih boleh bermain dengan sepupu2nya....Tapi untuk mengembirakan hatinya yang mungkin terkejut n trauma, semalam aku bw dia beli mainan di Giant, sampai biji 3 lori dia beli..takpelah, sekali sekala...

InsyaAllah, Allah akan memelihara keluarga aku n semua muslimin n muslimat..

4 comments:

  1. ha..elok lah beli lori kat dia..kurang2nya kalau ada mamat motor mana lagi yg nak ghodong..bleh blah tayar lori dia dulu..uji kekuatan la katakan..he..he..

    ReplyDelete
  2. anak lelaki ustaz... camtu ler...elok ada banyak parut ni...tu antara tanda-tanda seorang pejuang...lasak!...takkan nak dibiarkan putih menggebu jer...tak rock ler....hehehe....
    cuma saya terbayang camana la perasaan ummi abudey, kalau saya lerr...mesti 'muncung sakan dgn babanya sebab cuai jaga anak....hehehe...

    ujian itu rahmat, sedang sabar itu satu nikmat....bersyukurlah kerana diuji dan kerana boleh bersabar.

    ReplyDelete
  3. ye...betul tu...nnt dia dah besar nnt mesti ramai org nak kat dia sbb ada tanda kat dahi (nmpk cam org byk sujud) hehehe...

    ummu abbudey cool je...cuma lani klu nak kuar dgn anak, mesti dok replay byk kali suruh berhati2....benda dah jd, buat apa nak marah, takdir Allah....kita dah berhati2 pon org mai ghodong...klu marah, takut kufur dgn takdir ALlah pulak...tak gitu??

    ReplyDelete
  4. salam ziarah n juang..
    hebat ujian Allah untuk ust..
    hanya org2 terpilih je dpt ujian ni..
    smg tabah menghadapi ujian dr Allah..
    hayakallah ust..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...