بسم الله الرحمن الرحيم
Kalau dahulu, masa anak2 kecil, kalau saya nak minta mereka ulang hafaz atau hafaz Al-Quran, saya 'pancing' mereka dengan coklat atau gula2.
Tapi nampaknya (tanpa disedari entah bila masa mulanya), gula2 dan coklat semakin pupus dalam rumah kami. (Mungkin sejak gigi dah banyak berlubang...huhu)
sumber: google image |
Jadi, dalam setahun dua ni, teknik 'memancing' anak2 untuk baca dan hafaz Al-Quran sudah berubah. Dan juga teknik 'pancing' ini hanya digunakan pada masa2 kecemasan sahaja. haha....
Oleh kerana anak2 memang sejak dari dahulu sudah dibiasakan untuk mengulang dan menghafaz Al-Quran selepas Maghrib dan ketika dalam perjalanan ke sekolah, jadi teknik memancing ini tidak perlu digunakan, kerana mereka dengan senang hati akan mengulang al-quran bila diingatkan, kerana sudah menjadi rutin harian mereka. Jadi, tak perlu dipaksa2.
sumber: google image |
Ia hanya digunakan pada masa 'overtime' menghafaz Al-Quran. Biasanya ketika cuti kerana banyak masa lapang.
Jadi, jika pada masa cuti, selain dari masa Maghrib (yg mereka sudah biasa menghafaz Al-Quran ketika itu) , jika saya ingin suruh anak2 menghafaz Al-Quran, saya akan gunakan teknik memancing ini pada masa2 yang memerlukan.
Caranya mudah sahaja..haha...
Sebelum saya benarkan mereka melakukan apa yg mereka suka (seperti tonton kartun -arab-, main games, atau apa sahaja), saya akan minta mereka baca dulu satu surah. Seperti juga dahulu, kalau nak gula2, kena baca satu surah.
sumber: google image |
Bila dah habis kartun (atau dah game over) , kalau nak sambung lagi, mai baca satu surah lagi.
Oleh kerana sudah dibiasakan begitu, mereka tidak akan pasang kartun lain (atau tukar games lain) kecuali minta izin dan baca dulu satu surah.
Nak mengajar dan menggalakkan anak2 buat baik memang kena guna byk idea.
ALLAH permudahkan segala urusan kami.
Amin.
=)
Nak tanya. Bagaimana nak menangani ragam anak lelaki umur 2 untuk menukar dari flash card ke buku IQRA dari segi fokus dan tumpuan dan mengikut bunyi IQRA. Pada masa saya hendak pindah guna kad imbas ke buku, dia asyik naik marah2 dan menangis?
ReplyDeleteTerima kasih.
Assalamualaikum.
DeleteMaaf atas kelewatan membalas komen.
Jika anak kecil itu tidak mau tukar dr flashcard ke buku, tidak mengapa.. salin sahaja buku iqra' jadikan flash card. Biarkan cara apa sekalipun, asalkan anak kecil dapat belajar dgn seronok =)
ALLAH mudahkan segala urusan puan untuk mendidik anak dengan AL-Quran.