Monday, June 15, 2015

Kejayaankah itu?

بسم الله الرحمن الرحيم

Ketika di bangku sekolah, di alam universiti, kita sering berbicara tentang cita-cita, impian yang menjadi pengukur kepada diri kita sebagai SATU KEJAYAAN.

Bagi diri kita, jika kita sudah mencapai apa yang dicita-citakan, maka itu beerti kita sudah berjaya.

Tapi, bila menjangkau usia 30an (baru 30an), tali pengukur kejayaan semakin kabur... (haha..)


Mempersoalkan dalam diri:
"Adakah aku seorang yang sudah berjaya sekarang?"

Ukuran kejayaan juga berbeza antara seorang dan yang lain.

Mungkin ada orang melihat kita sudah BERJAYA. Tapi ada sahaja manusia yang melihat kita masih punya banyak kekurangan, kelemahan dan masih belum berjaya.

Itu baru di mata manusia.


Jika kita katakan:
"Kejayaan bagi diriku adalah mendapat redha ALLAH."

Soalannya:
"Adakah ALLAH benar-benar redha dengan apa yang kita lakukan sekarang? Adakah kita benar-benar seorang yang berjaya di sisi ALLAH"

Apakah ukuran kejayaan bagi menentukan ibu bapa itu telah berjaya mendidik anak-anaknya?
Adakah cukup dengan menghafaz Al-Quran sahaja?
atau masih belum dikira sebagai kejayaan lagi?

Jika kita ingin menentukan anak-anak berjaya, adakah kita ini sudah menjadi contoh kejayaan kepada anak-anak?

Saya tinggalkan anda dengan soalan-soalan ini? 
( yang telah berhari-hari difikir dan dimenungkan.. adakah ini situasi usia 30an..hahaha)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...