Saturday, June 13, 2015

Terbanglah meneroka duniamu !

بسم الله الرحمن الرحيم

"Mama, boleh tak abang nak masuk kem cuti sekolah?"

Itulah soalan Abdul Rahman hari itu apabila tahu sepupunya pun turut serta dalam kem cuti sekolah tersebut.

Program selama 3 hari 2 malam dan bermalam di sana.

Tempatnya di Sekolah Raudatul Muslimin, Kembal.

Kira-kira 20 minit dari rumah.

Yang menjadi kerisauan seorang ibu ialah kerana pertama kali Abdul Rahman dan Abdullah bermalam di tempat asing tanpa ibu bapa.

Tapi, jika mereka sudah rasa bersedia, lepaskanlah. ALLAH kan ada untuk jaga anak-anak. Pujuk hati sendiri.



Bila malam, teringat adakah anak-anak tidur elok, sejukkah hingga mengerekot? ada nyamukkah? Perasaan emak-emak sangatlah.

Apa-apapun pujuk hati lagi, ALLAH kan ada, Malaikat ada. Anak-anak soleh pasti Allah dan malaikat jaga.


Itulah kerisauan ibu bila kebiasaannya anak-anak 24 jam di depan mata. Di sekolah pun depan mata kita (sama sekolah), tidak pernah berasrama.

Tapi, terimalah hakikat. Mereka makin besar dan sudah bersedia untuk berdikari untuk meneroka dunia yang pasti ada baik dan ada jahatnya.




ALLAH peliharalah anak-anak ini dalam berdikari meneroka dunia ini. Amin


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...