Sunday, September 10, 2017

Pertandingan Mengarang Untuk Anak-anak

بسم الله الرحمن الرحيم

Sejak dahulu, kami sekeluarga sangat percaya bahawa bakat menulis adalah satu kurniaan Allah yang baik yang boleh memberi manfaat kepada orang lain dan mengajak mereka mendekatkan diri kepada ALLAH Subhanahu Wa Taala.

Beberapa buku telah kami hasilkan. Alhamdulillah:



Dalam lubuk hati, sangat impikan anak-anak juga turut berbakat dan mahir dalam bidang tulisan.

Agar ia dapat membantu mereka dan mengajak orang lain menggali ilmu, menginsafi diri dan mengenal ALLAH Subahanahu Wa Taala dengan lebih dekat lagi.

Sebagai satu permulaan, saya adakan pertandingan mengarang kepada Abdul Rahman dan Abdullah.

Mereka sangat teruja kerana ada hadiah yang menanti mereka.

Syarat untuk mendapatkan hadiah tersebut ialah:
Mesti menulis 10 buah karangan. Panjang minimum satu karangan ialah 10 baris sebagai permulaan.

MasyaALLAH, mereka bersungguh-sungguh menaip di dalam tablet.

Dalam masa 2 hari, 10 karangan siap dihasilkan.

Karya Muhammad Abdullah
boleh dibaca
DI SINI



Alhamdulillah, saya lihat aktiviti mengarang ini dapat menjadikan anak-anak:
1- Ligat berfikir
2- Mencari idea
3- Kreatif
4- Menginsafi diri.

Hasil karya mereka di luar jangkaan.

Ada hasil karya yang menusuk hati.

Antara hasil karya Muhammad Abdul Rahman
Boleh di baca
DI SINI
Hinggakan mereka turut memasukkan ayat Al-Quran yang telah mereka hafal sebagai dalilnya.

ALhamdulillah.


Moga mereka menjadi penulis yang hebat dan mengajak orang mendekatkan diri kepada Allah, berjaya dunia dan akhirat.

Amin.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...