Friday, April 19, 2019

Hebat atau tidak usaha kita?

بسم الله الرحمن الرحيم

Situasi ini berlaku kepada diri saya sejak dari kecil lagi.

Sejak dari kecil, saya selalu terfikir, adakah apa usaha yang dilakukan ini baik dan bagus?

Ketika kanak-kanak, bersekolah di tahfiz (ada pelajaran dan akademik juga) di rumah teres sahaja, rasa rendah diri selalu melanda bila difikirkan orang lain sekolah di bangunan yang hebat, pakai uniform (kami dulu tiada uniform), banyak program sekolah.

Namun masyaALLAH apabila kita berkumpul dengan orang lain, barulah ALLAH tunjuk bahawa usaha yang kita buat adalah baik.

Ketika masuk musabaqah hafazan AL-Quran peringkat Negeri Selangor dan peringkat kebangsaan (pada zaman 90an dulu, belum ada lagi wakil dari Malaysia ke musabaqah hafazan peringkat antarabangsa) Allah tunjukkan kehebatan apabila berjaya menewaskan peserta dari sekolah-sekolah lain.

Apabila mengambil peperiksaan SMU (Sijil Menengah Ugama) di Sekolah Sungai Udang, Melaka, Allah tunjukkan kehebatan apabila menjadi calon terbaik SMU pada tahun itu walaupun adalah calon tumpang sahaja.

Begitu juga ketika belajar di peringkat Diploma Bahasa Arab di Mujamma' Sheikh Ahmad Kiftaro, menjadi pelajar terbaik dalam kelas di antara para pelajar dari serata dunia...

Alhamdulillah atas segala anugerah yang besar yang ALLAH anugerahkan.

Bukanlah dengan tujuan untuk riak dan membangga diri, namun adalah untuk menambahkan keyakinan dan kepastian dalam diri .

Doa yang sering dipanjatkan agar menjadi lebih baik dari yang disangka-sangka orang dan diampunkan apa yang orang tidak tahu.

Biarlah diri kita hebat di sisi ALLAH.

Tak mahulah jika nampak sahaja hebat depan manusia, padahal tiada apa-apa dan hakikatnya kesemua itu adalah anugerah ALLAH

Semoga anak-anak kita juga dapat merasakan apa yang mereka lakukan adalah hebat, lebih-lebih di sisi ALLAH , insyaALLAH !

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...