Wednesday, June 23, 2021

Kecewa dengan masa lampau

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 16/12/2020 


Bila lihat gambar ni, mesti timbul rasa kecewa.



Kenangan adik ikut pergi mengaji Qiraat di rumah Anisah/ Ustazah di Tijarah, Dimasyk. Tak mampu nak habiskan pengajian. Hanya mampu hafal lebih 100 bayt Matan Asy Syatibiah. Perjalanan ke rumah Anisah mengambil masa lebih kurang sejam. 2x tukar bas. Di tambah dengan pengajian kuliah formal tahun 2 di universiti.


Ditambah lagi kecewa bila malam ni baca tentang ketokohan Sheikh Saied Ramadhan Al Buti. Kecewa kerana jarang ikuti pengajian Sheikh di masjid ketika di Syria. Banyak pengajian di masjid-masjid oleh ulama'-ulama' besar. Yang selalu pergi dengan suami ialah pengajian S.Ratib Nabulsi dan S.Wahbah Zuhaili.


Begitulah. Kita sering kecewa. Apalah erti kecewa kalau tiada perubahan? Perlu ada usaha untuk terus menuntut ilmu. Terus semangat, insya Allah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...