Sunday, June 27, 2021

Kenangan terindah. Selangkah ke arah perubahan

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 18/12/2020


Mula memikul amanah menjadi guru besar pada tahun 2014 apabila dilantik oleh Lembaga Tahfiz Mutmainnah selepas menghantar kertas kerja penubuhan Sekolah Rendah Islam Tahfiz Mutmainnah (SRITM).


Kertas kerja diusulkan bila melihat kepada kurangnya sekolah yang menggabungkan sistem hafazan Al-Quran, subjek agama dan akademik untuk pelajar sekolah rendah yang tidak berasrama di Sungai Petani (kerana berkerja di SP, walaupun tinggal di Kuala Ketil).



Pantas masa berlalu, Abdul Rahman dan Abdullah sudah tamat hafazan Al-Quran tahun lepas, berkat doa dan ketabahan guru² ketika mula menghafaz di SRITM dan meneruskannya di Maahad Al Iman. 


Doa kebaikan dan keberkatan untuk setiap individu yang terlibat dalam usaha mulia ini. Setiap butir huruf dalam murajaah hafazan mereka pasti tertumpah juga ganjarannya kepada guru-guru mereka semua. Amin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...