Tuesday, June 15, 2021

Bayangan kegagalan

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 9/12/2020

"Saya rasa akan gagal dalam exam akhir ini." Tangisan di depan pensyarah kesayangan ramai, Anisah Huda AlHayk. Kerana sakit akibat pertukaran musim di Syria. Kenangan diploma B.Arab 2002 jelas berputar di minda. 


"Enti gagal?" Anisah tergelak. Lantas memberikan motivasi dan mendoakan kesembuhan. 

Alhamdulillah, penutup semester mendapat keputusan 99%.


Bayangan kegagalan dan putus asa itu sering berulang sepanjang pembelajaran. Buntu. Namun, Allah jualah penunjuk jalan keluar dari sehingga berjaya tamat pengajian. Walau sering dibayangi kegagalan, berdoa dan cubalah optimis, tidak mustahil ada sinar kejayaan akan muncul.



*Gambar tangga tempat kami melangkah sepantas mungkin, pintu universiti akan dikunci jika lambat. Waktu rehat baru dibuka*

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...