بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 19/9/2022
Sheikh Waiel Al Hambali pernah ziarah ke Maahad Al Iman Li Ulumil Quran ketika awal penubuhan Maahad.
Sheikh berasal daripada Syria dan kini menetap di Turki.
Alhamdulillah Sheikh datang ziarah semula selepas 4 tahun.
Abdullah menjadi imam untuk Solat Isyak.
Selepas doa, Sheikh minta Abdullah bacakan ayat yang dibacanya dalam solat untuk Sheikh send dalam grup anak muridnya di Turki.
Di dalam video ini Sheikh mendoakan keberkatan untuk Abdullah, untuk Maahad, untuk pelajar dan guru-guru di Maahad.
Sheikh juga mendoakan semoga pelajar-pelajar lain juga menjadi seperti Abdullah. (Moga lebih baik)
Ketika mendengar doa ini, mama mendoakan anak-anak dan pelajar dapat melakukan lebih baik daripada ini, dapat memahami, mentadabbur Al-Quran serta mengamalkannya.
Apa yang kita lakukan ini adalah kewajipan kita. Memuliakan dan memahami Al Quran.
Umpama kita perlu basuh baju,sidai,kemas rumah setiap hari, mendidik anak-anak, mengajar Al Quran. Tidak perlu kita nantikan pujian orang, atau berbangga dengan kerja kita. Kerana itulah kewajipan dan tanggungjawab yang perlu kita lakukan. Menjalankan AMANAH ALLAH sebaiknya.
Kata Sheikh lagi: Berbahagialah kedua orang tuamu.
Semoga kamu menjadi orang yang dikasihi oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.
Kita selaku ibu tentu saja terharu apabila Sheikh mendoakan untuk anak-anak kita.
Alhamdulillah.
Moga Allah memperkenankan.
No comments:
Post a Comment