بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 21/9/22
Ini adalah kali pertama Ahmad Zaid (7 tahun) memanjat di wall climbing.
Wall climbing ini adalah di Hotel Gunung Jerai, Gurun, Kedah.
Bayaran untuk sekali naik ialah rm10.
Kami menetap di Hotel Gunung Jerai selama 3 hari 2 malam kerana baba ada kursus modul Bahasa Arab dan Dakwah di sini.
Pada petang Sabtu adalah percubaan pertama Ahmad panjat.
Alhamdulillah berjaya walaupun perlahan-lahan dengan arahan daripada jurulatih yang menjaga.
Hingga Ahmad keliru, Ahmad kata:
"Ahmad tak fahamlah."
(Bila jurulatih tersebut beri arahan kaki kiri, tangan kanan dan lain-lain perlu diletakkan di mana.)
Ahmad juga ada sedikit ketakutan bila sudah panjat tinggi.
"Ahmad nak turun. Takut." Katanya
"Tak apa. Sikit lagi." Kami dan jurulatih tersebut memberikan semangat kepada Ahmad supaya lebih berani.
Sebelum itu, sepupu Ahmad yang lebih mudah sudah memanjat wall climbing ini, tapi kami tak sempat tengok.
Keesokan paginya, Ahmad menyatakan hasrat untuk panjat wall climbing lagi.
Sampai telefon reception tanya wall climbing buka jam berapa?
Punya semangat nak panjat lagi.
Pada pagi tersebut hujan. Ribut daripada malam semalam.
Jadi staf tersebut maklumkan bahawa jika hujan, wall climbing takkan dibuka.
Alhamdulillah jam 11 kami pergi. Ketika itu ada seorang kanak-kanak perempuan sebaya dengan Ahmad sedang memanjat wall climbing.
Dia nampak cekap dan tak perlu arahan daripada jurulatih.
Rupanya dia juga seperti Ahmad. Pernah panjat wall climbing semalam. Jadi nampak lebih tenang dan berkeyakinan.
Oleh kerana Ahmad dah lihat budak perempuan yang panjat dengan baik dan tenang. Kali ini Ahmad juga dapat memanjat dengan lebih baik. Lebih cepat dan tanpa arahan daripada jurulatih.
Alhamdulillah satu pengalaman baru yang menguji keberanian Ahmad.
Video agak gelap sebab hari mendung selepas hujan ketika itu.
No comments:
Post a Comment