بسم الله الرحمن الرحيم
Penerbangan kami ke Cianjur pada penghujung bulan 1 yang lalu adalah penerbangan pertama bagi Ahmad Zaid yang baru berusia 1 tahun 2 bulan.
Membawa anak kecil menaiki kapal terbang semestinya tidak semudah membawa anak-anak yang dah besar.
Mudah sahaja anak-anak kecil menjerit dan menangis kerana kebosanan dan tidak boleh duduk lama di dalam kapal terbang.
Dahulu Abdullah pun pernah dibawa menaiki kapal terbang ketika baru berusia 1 tahun, pernah ditulis dalam entri DI SINI
Antara tips untuk membawa anak-anak kecil menaiki kapal terbang:
1- Pastikan sediakan pakaian yang sesuai untuk anak, jacket jangan dilupa jika penghawa dingin terlalu kuat di airport dan dalam kapal terbang.
2- Sediakan juga air, biskut untuk mereka kunyah jika sakit telinga
3- Sediakan makanan kegemarannya untuk dijadikan bahan untuk memujuk bila mereka kebosanan.
4- Biarkan anak-anak bermain sepuas-puasnya ketika di lapangan terbang supaya mereka keletihan dan tidur nyenyak ketika dalam kapal terbang nanti kerana mereka tentu amat kebosanan kerana penerbangan yang memakan masa yang lama.
5- Bawa sekali bantal kecil agar anak boleh tidur dengan selesa dan lama di dalam kapal terbang.
6- Stroller amat membantu sekali kanak-kanak untuk perjalanan yang banyak di dalam lapangan terbang.
Ahmad Zaid bermain sepuas-puasnya di Lapangan Terbang Jakarta |
Wajah ceria selepas selesai makan |
Hanya gambar abang-abang sahaja yang ada dalam kapal terbang. Ahmad Zaid tidur kerana kepenatan bermain di playroom di airport.
InsyaALLAH tips ini dapat membantu anda
No comments:
Post a Comment