Saturday, February 23, 2013

Bermain dengan ' blok2 IQRA' ' (siri 2)

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri kali ini adalah tentang bermain dengan blok IQRA' yang berbaris.

Permainan yang pertama pernah ditulis di sini:

Kali ini adalah cara ke-2 anak2 bermain dengan bongkah2 ini:

Dibeli pada tahun lepas dari sahabat di sini (klik sini)
OK. Jom kita lihat cara kedua anak2 bermain dengan blok2 ini....
v
v
v
v
v
v
v

Mereka susun tinggi2 dan lihat siapa punya yang runtuh dulu, dia yang kalah...haha


Mula susun

Muka abang yang sangat serius

makin tinggi

sama tinggi
Jom kita lihat siapa yang menang....
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Abang punya jatuh dulu.... =)

Adik menang!

p/s: bergaduh adik beradik waktu bermain adalah perkara 'biasa'.....huhu

Friday, February 22, 2013

Kesedihan seorang bapa

بسم الله الرحمن الرحيم

Berhari2 menatap, membelek, mengkaji dan membaca tafsir2 Surah Yusuf membuatkan saya bagai menyaksikan sendiri plot2 dalam Surah Yusuf di hadapan mata sendiri.

Imiginasi gambaran peristiwa dalam Surah Yusuf sentiasa berputar2 dalam minda. Bagi saya ini adalah kerana terlalu banyak memikirkan dan meneliti tafsir Surah Yusuf.

Perkara ini bagi saya adalah normal, sebagai contoh ketika dalam perancangan membuat Seminar Langkah Mudah Didik ANak Hafaz Al-Quran, oleh kerana setiap hari memikirkannya, ia boleh terbawa2 dalam mimpi.

Sebagai seorang ibu, kisah yang paling menusuk jiwa saya dalam Surah Yusuf dan membuatkan saya terfikir2 tentangnya di mana sahaja ialah hubungan keibubapaan antara Nabi Yaa'kub Alaihissalam dan anak2nya. Peristiwa ini membuatkan emosi kesedihan menghiris hati hingga menitiskan air mata.  Makin ditulis bahas tentang bab ini, makin pilu hati ini.

Kebetulan lagi sekarang ini, sedang menulis bab Kaedah Penyucian Diri Berkenaan Anak-anak Di dalam Surah Yusuf atau dalam Bahasa Arabnya:
منهج سورة يوسف في تهذيب شهوات الإنسان تجاه الولد.



Perkara pertama: yang amat menusuk hati saya ialah kesedihan Nabi Yaa'kub AlaihisSalam ketika diuji dengan perpisahan dengan anak kecilnya, Yusuf AlaihisSalam. dan respon dari seorang sahabat amat mengubati kesedihan ini. (pernah ditulis di sini)

Kedua ialah: Seorang Nabi dan hamba ALLAH yang soleh juga diuji dengan anak2 yang ingkar dan derhaka, yang sanggup merancang untuk membunuh adik mereka sendiri

Ketiga: Konflik dan cemburu buta antara adik beradik dan tuduhan bahawa ayah mereka pilih kasih dan hanya sayangkan adik kecil mereka sahaja. 

Perisitwa2 dalam Surah Yusuf ini memang banyak sangkut pautnya dengan kehidupan kita seharian.

InsyaALLAH jika ada masa nanti, akan diulas lagi lebih lanjut.

YA ALLAH janganlah Engkau uji kami dengan ujian yang tak mampu kami harungi. Limpahkanlah  Rahmat dan kasih sayangMu dalam keluarga kami.

Amin.

P/S: JOM BACA SURAH AL-KAHF PULA....

Thursday, February 21, 2013

Anak2 Membuat Kek Batik

بسم الله الرحمن الرحيم

Oh, Kek Batik mempunyai memori dan nostalgia tersendiri bagi saya.

Kek Batik adalah antara kesukaan saya zaman kanak2... Sangat seronok kalau mak buat Kek Batik...

Sampai di Syria dulu dok teringin buat Kek Batik... =)

Dah lama nak buat Kek Batik, tapi asyik tak sempat...Alhamdulillah beberapa hari lalu sempat membuatnya. Dan istimewa lagi bila buat bersama anak2...

Resepinya saya ambil di sini:

Jazakillah Kak Fiza

Ok. Jom tengok anak2 bikin Kek Batik..

MULA2:
Saya minta mereka pecahkan biskut marie.

Adik tanya: "Boleh tak adik nak makan biskut ni?" =)
syoknya...!
lama x makan biskut marie kot
pun nak makan juga

Dah siap makan, jom mula buat kerja..

cairkan butter

gaul sebati bila sudah campur milo + koko
tuang susu pekat
tuang telur

Gaul adunan coklat bersama biskut
 
idea Abang Abbudey
susun coklat atas kek batik =)

hobi budak ini


Alhamdulillah....syukur atas nikmat rezeki yang ALLAH kurniakan =)


Tuesday, February 19, 2013

Cadangan bernas dari seorang blogger. 30 Markah!

بسم الله الرحمن الرحيم

Beberapa hari lalu, kebetulan saya mendapat komen dan respon cadangan dari sahabat Ummu Muhammad tentang rekod surah hafazan anak2 yang ditulis di sini:

cadangannya ialah supaya disedia ruang khas utk prestasi hafazan anak2 supaya mudah pengunjung blog ini mengikuti perkembangan hafazan anak2 ini:

ini cadangannya

Dan saya melihat itu adalah satu cadangan yang bagus yang belum pernah saya terfikir lagi. Di kesempatan yang ada, saya copy paste, tambah2 apa yang patut dan letakkan dalam tab yang baru di atas nun

Tab yang paling kanan yang diberi nama
'SENARAI SURAH HAFAZAN ABDUL RAHMAN DAN ABDULLAH'
panjang kemain namanya =P

Anda boleh ikuti perkembangan hafazan Abang Abbudey dan Adik Abdullah tersayang jika
pemilik blog ini rajin nak mengup-datenya =P
Dan kemudian UM mencadangkan supaya meletakkan tarikh bagi surah yang sudah siap dihafal anak2.
Satu lagi idea yang bagus.
30 markah saya beri =)

ini ideanya


Surah yang dihighlight dengan warna kuning adalah
surah2 yang Abang Abbudey sudah hafaz
saya sudah letak tarikh bagi surah yang baru dihafaz minggu ni dan minggu lepas.
Yang lama2 tu tak ingat dah.
Harap maap



Surah yang dihighlight biru pula adalah milik Adik Abdullah
InsyaALLAH akan diletak tarikh bagi surah2 yang sudah dihafal nanti
yang lama2 tak ingat bila dihafalnya

Maklumat tambahan dan bakinya
yang ini Abang Abbudey punya


Mohon doa dari semua ya.

Moga ALLAH mudahkan perjalanan anak2 ini (dan ibunya juga untuk terus bersemangat mengajar)  menghafaz Al-Quran

Amin!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...