Tuesday, March 5, 2013

Pelajaran dari Surah Yusuf (tentang anak)

بسم الله الرحمن الرحيم

Antara pelajaran ringkas yang saya dapat kajian saya dalam bab 'Kesucian diri terhadap anak melalui Surah Yusuf' ialah:




















Monday, March 4, 2013

Kaum Ayah...Dengarlah!

بسم الله الرحمن الرحيم

Melalui ayat 4 dan 5 Surah Yusuf:

4. (ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".

5. Bapanya berkata:" Wahai anakku! janganlah Engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana Aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya Syaitan adalah musuh Yang nyata bagi manusia.



Kita dapat lihat di sana bagaimana seorang ayah dapat memberikan sepenuh perhatian dan mendengar cerita daripada anak kecilnya.

Nabi Yaa'kub (Alaihis Salam) memberikan masanya untuk mendengar Nabi Yusuf (Alaihis Salam) bercerita tentang mimpinya.

Penuh perhatian.

Penuh hikmah.

Cerita tentang mimpi!

Adakah kita (terutamanya seorang ayah)  pernah ambil kisah untuk mendengar cerita dari anak kita atau kita terlalu sibuk untuk mendengar mereka bercerita


Cerita tentang mimpi!

Cerita tentang mimpi yang selalu kita fikir ia adalah satu perkara yang BIASA!

Tetapi cerita tentang mimpi Nabi Yusuf itu direnung oleh ayahnya dan Nabi Yaa'kub merasakan ia adalah satu mimpi yang punya makna yang besar.

Cerita tentang mimpi!

Cerita tentang mimpi yang akhirnya menjadi realiti dan Nabi Yusuf menjadi seorang yang BESAR!

Mimpi orang HEBAT!

Ada hikmah tersembunyi apabila seorang ayah mendengar cerita anak kecilnya.

Luangkan masa untuk mendengar penuh perhatian cerita anak kita,
nanti besar mereka akan menjadi ORANG HEBAT.

Sunday, March 3, 2013

Terasa cepatnya masa berlalu

بسم الله الرحمن الرحيم

dia pernah merasa musim salji di Syria
(sampai berkerut dahinya)

Dia yang membesar dengan alunan Al-Quran hampir setiap hari.
Mudah2an menjadi  pejuang Islam
dan pemimpin ganerasi yang bertaqwa

Saturday, March 2, 2013

Craft: kolaj Ikan

بسم الله الرحمن الرحيم


Ini adalah kali pertama anak2 membuat craft kolaj di rumah.

Ini pun kerana Abdullah menyiapkan kerja sekolah PASTInya.

Bahan2 yang saya sediakan untuk Abdullah:
kertas origami


kertas origami tadi digunting kecil

baru mula
meletakkan gam pada gambar ikan tersebut

Alhamdulillah...
siap!
satu idea yang bagus untuk membuat aktiviti dengan anak2 =)


              KLIK SINI UNTUK LIHAT LEBIH BANYAK AKTIVITI KRAF YANG MENARIK 

Friday, March 1, 2013

Kenapa tidak tulis tentang Syria

بسم الله الرحمن الرحيم

Jika ada yg bertanya mengapa saya tidak pernah langsung membuat entri tentang Syria?

Adakah saya tidak kisah langsung tentang penderitaan muslimin di Syria?

* Tarik nafas*

Sebenarnya saya amat sedih dan tidak sanggup untuk melihat gambar dan video2 tentang penderitaan mereka di Syria.

6 tahun di sana banyak kenangan yang masih segar dalam minda. Dari bujang hingga punya anak seorang kami menetap di sana.

Di sana ada sahabat2 kami . Di sana ada guru2 kali .

Bila bertanya khabar kepada mereka, saya akan jadi keluh kesah.

Apa yg saya boleh bantu?

Mereka lama menantikan KEAMANAN!

Saya hanya ada DOA.

Mari doakan untuk mereka sempena Hari Jumaat yang penuh berkat ini.
ALLAH berilah keamanan dan kegembiraan kembali kepada mereka. amin3.

p/s: Surah Al-kahf yang lupa ya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...