Friday, August 9, 2013

Info Buku: Hebatnya Kuasa Hafazan

بسم الله الرحمن الرحيم

Buku kali ini dibeli pada awal Ramadhan lalu.

Tajuknya sahaja sudah menarik minat saya untuk membacanya untuk mengetahui lebih lanjut tentang kehebatan kuasa hafazan.


muka belakang

Antara kandungan buku ini:


terdapat ruang info yang menerangkan maklumat2 yg berguna
 Antara sebab2 yang menyebabkan saya sukakan buku ini:

1- Ia menyedarkan tentang betapa pentingnya menghafaz.

2- menyedarkan betapa hebatnya ulama2 terdahulu menghafaz dan memelihara ilmu


doa bagi mengelakkan lupa

doa memohon hati yg bersih
3- Perlunya kita mendidik anak2 supaya menghafaz ilmu2 yg berguna

4- rasa amat malu betapa ceteknya ilmu diri sendiri dan sedikit shj ilmu yg dihafal bila baca buku ini.....

5- Buku ini akan membuatkan kita kembali muhasabah diri sendiri tentang tanggungjawab kita terhadap ilmu


6- Tips2 utk menghafal AL-Quran dan memeliharanya

7- Masa dan tempat yg terbaik utk hafaz AL-Quran..

Banyak ilmu yang anda boleh dapati dari buku kecil ini, MasyaALLAH.... =)

Wednesday, August 7, 2013

Kraf: Koleksi 3D puzzle

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya pernah tulis ttg hobi baru Abbudey membuat 3D puzzle di sini, di sini dan di sini.

Nampaknya Abdullah pun mula minat untuk membuat 3D puzzle ini. Dan mereka berdua boleh membuatnya sendiri tanpa bantuan orang dewasa.

 (Alah, ada nombor pun pada sambungan2 tu, senang je nak buat)
kotaknya

tinggal yg mantis shj yg belum dapat dibeli

harganya

mudah sahaja set ini

Antara koleksi 3D puzzleyang sudah mereka siapkan
entah kenapalah senget begini,
tak boleh pula nak rotate

Minat begini dapat membuatkan anak2 lebih fokus dan duduk diam ketika menyiapkan 3d puzzle ini. 

Kadang2 anak2 akan campur adukkan bahagian2 3D puzzle ini dan terhasillah binatang alien... haha...


              KLIK SINI UNTUK LIHAT LEBIH BANYAK AKTIVITI KRAF YANG MENARIK 

Monday, August 5, 2013

(AsSohwah) Panduan Jurnal Inspirasi Diri

بسم الله الرحمن الرحيم

InsyaALLAH kali ini saya ingin berkongsi video Prof Muhaya tentang cara menggunakan Jurnal Inspirasi Diri yang pernah saya tulis beberapa minggu lalu....

Pernah ditulis di sini:







Saturday, August 3, 2013

Kraf: Scratch Paper

بشم الله الرحمن الرحيم

Lagi cerita barang2 kraf yg dibeli di MR.DIY.....



kertas ini memberikan anak2 pengalaman baru dalam melukis. Sangat menyoronokkan hati mereka untuk berkreativiti.

Kertas ini adalah kertas berwarna yg dihitamkan, jadi apabila dikikis dengan pencil kayu, akan terhasillah lukisan yg cantik berwarna warni.

Amat menarik untuk kanak2....

Mereka akan kagum dan terpegun sekali =)


harganya.
ada 4 keping kertas di dalamnya

adik melukis di dalam kereta.
Sebenarnya beli untuk Abang ABbudey, tapi nampaknya amat menarik minat adik.
ada sebatang kayu yg dijadikan sebagai pencil.
Mereka amat sukakanya.
satu pengalaman baru.
Bila lukis pada kertas hitam itu akan keluar warna kerana kertas itu
adalah kertas berwarna yang dihitamkan...

sambung melukis lagi di rumah

Thursday, August 1, 2013

koleksi 3d stickers

بسم الله الرحمن الرحيم

Di bawah ini adalah koleksi 3D sticker kegemaran Abdullah yang telah disiapkan dan ditampal di dinding dapur. 


Nampaknya ia telah menjadi hobi Abdullah yang dapat membuatkannya duduk diam berjam2. Ketika aktiviti ini berlangsung, saya akan pasangakan audio Al-Quran kepadanya kerana ini adalah aktiviti senyap. Jadi gunakalah peluang untuk pasang audio Al-Quran supaya anak2 akan mantap hafazan Al-Quran mereka, InsyaALLAH =)



terdapat juga dua di bawah itu (kertas berwarna hitam itu) adalah lukkisan anak pada scratch paper.

Langkah menampal 3D sticker yang telah Abdullah siapkan ini di dinding dapur adalah kerana ruang di peti ais sudah pun penuh...

penuh


              KLIK SINI UNTUK LIHAT LEBIH BANYAK AKTIVITI KRAF YANG MENARIK 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...