Monday, September 7, 2015

Jualan Murah di Galeri Ilmu

بسم الله الرحمن الرحيم

Semalam terbaca di Facebook Galeri Ilmu tentang jualan murah di Web Galeri Ilmu.


Yeeeayyy....

Jualan murah buku memang suatu yang dinanti-nantikan untuk menambah koleksi buku baharu.

Pelbagai buku menarik yang boleh didapati.




Tapi kalau dapat pergi ke jualan penghabisan stok di pejabat Galeri Ilmu di Damansara, harga buku-bukunya lagilah GEMPAK!

Tengok sajalah!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.






Kalaulah Kuala Ketil dan Damansara tu dekat macam ke Sungai Petani, semalam lagi dah pergi memborong buku-buku yang murah tetapi bagus...

Geramnya!

Jeles tengok orang lain yang dapat memborong banyak buku di sana.




Untuk masa sekarang ini, saya berprinsip kalau ada jualan buku yang murah amat, beli sahaja dan kumpul, tapi jangan sampai ke tahap membazir.

 Bukan mudah nak dapat peluang membeli buku yang bagus  dengan harga yang murah. InsyaAllah jika ada kelapangan, akan dibaca dan dihadam juga buku tersebut. Contohnya bila cuti panjang dan ketika mata tidak boleh dilelapkan di tengah malam. Membaca menjadi sangat seronok ketika itu.



InsyaAllah bila-bila masa , moga ada peluang sebegini lagi yang dekat dan murah. amin3..  

Sunday, August 30, 2015

Punca blog bersawang

بسم الله الرحمن الرحيم

Maaf. Maaf. Maaf


Hampir berbulan juga blog ini tidak diupdate. Punca ia tidak diupdate adalah seperti di bawah:
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.













Saya dan suami mempunyai target untuk menghasilkan (paling-paling tidak) sebuah buku untuk diterbitkan setiap tahun.

Alhamdulillah kini masuk tahun ketiga kami berdua menerbitkan buku.

Usaha untuk menerbit buku sudah tentu memakan masa yang lama walaupun ia hanya disusun, diterjemah dan diulas sahaja.

Berjam-jam masa berlalu untuk menyusun, meneliti isi kandungan, dalil dan ulasan sebelum ditulis. 


Ditambah pula dengan tugasan dan kewajipan kami suami isteri sebagai guru besar di sekolah tahfiz.

Anak-anak pun tidak boleh disisihkan, masa untuk mereka wajib diberikan. Malahan merekalah keutamaan paling tertinggi berbanding kerja yang lain. 

Bantu mereka dahulu selesaikan kerja hafazan, kerja sekolah dan lain-lain sebelum dapat menghadap laptop untuk menulis.


Mencari idea dan ruang untuk menulis tesis lagi. (bantulah kami ya ALLAH)

Oleh yang demikian, keutamaan penggunaan masa perlu diatur dengan sebaiknya.

Sekali lagi saya memohon maaf jika tidak dapat terus berkongsi pengalaman dan manfaat di ruang ini. InsyaALLAH jika ada kelapangan  seperti cuti panjang, InsyaALLAH akan kembali semula menceriakan rumah ini.

Doa saya agar kami sekeluarga dapat menggunakan masa, tenaga dan usia kami untuk terus memberi manfaat, teladan dan inspirasi kepada masyarakat untuk mengamalkan Islam dalam kehidupan masing-masing.

Aaminn.

InsyaALLAH moga kita bersua lagi.

Friday, July 10, 2015

Terbit selepas setahun

بسم الله الرحمن الرحيم

Gambar Abdul Rahman melukis dan mewarna
pada 10 Oktober 2014
(mama tolong juga sikit2)



Seronok Abdul Rahman bila hasil lukisannya terbit
di majalah walaupun selepas setahun menghantarnya.


Lukisan Abdul Rahman yang terbit dalam majalah ini.


*** InsyaALLAH menjadi kenangan zaman indah kanak-kanak untuk dikenang bila dewasa kelak (seperti saya yang masih terkenangkan kemenangan peraduan mewarna dalam majalah selepas berusaha banyak kali ketika kanak-kanak berpuluh tahun lalu.)

Monday, June 15, 2015

Kejayaankah itu?

بسم الله الرحمن الرحيم

Ketika di bangku sekolah, di alam universiti, kita sering berbicara tentang cita-cita, impian yang menjadi pengukur kepada diri kita sebagai SATU KEJAYAAN.

Bagi diri kita, jika kita sudah mencapai apa yang dicita-citakan, maka itu beerti kita sudah berjaya.

Tapi, bila menjangkau usia 30an (baru 30an), tali pengukur kejayaan semakin kabur... (haha..)


Mempersoalkan dalam diri:
"Adakah aku seorang yang sudah berjaya sekarang?"

Ukuran kejayaan juga berbeza antara seorang dan yang lain.

Mungkin ada orang melihat kita sudah BERJAYA. Tapi ada sahaja manusia yang melihat kita masih punya banyak kekurangan, kelemahan dan masih belum berjaya.

Itu baru di mata manusia.


Jika kita katakan:
"Kejayaan bagi diriku adalah mendapat redha ALLAH."

Soalannya:
"Adakah ALLAH benar-benar redha dengan apa yang kita lakukan sekarang? Adakah kita benar-benar seorang yang berjaya di sisi ALLAH"

Apakah ukuran kejayaan bagi menentukan ibu bapa itu telah berjaya mendidik anak-anaknya?
Adakah cukup dengan menghafaz Al-Quran sahaja?
atau masih belum dikira sebagai kejayaan lagi?

Jika kita ingin menentukan anak-anak berjaya, adakah kita ini sudah menjadi contoh kejayaan kepada anak-anak?

Saya tinggalkan anda dengan soalan-soalan ini? 
( yang telah berhari-hari difikir dan dimenungkan.. adakah ini situasi usia 30an..hahaha)



Saturday, June 13, 2015

Terbanglah meneroka duniamu !

بسم الله الرحمن الرحيم

"Mama, boleh tak abang nak masuk kem cuti sekolah?"

Itulah soalan Abdul Rahman hari itu apabila tahu sepupunya pun turut serta dalam kem cuti sekolah tersebut.

Program selama 3 hari 2 malam dan bermalam di sana.

Tempatnya di Sekolah Raudatul Muslimin, Kembal.

Kira-kira 20 minit dari rumah.

Yang menjadi kerisauan seorang ibu ialah kerana pertama kali Abdul Rahman dan Abdullah bermalam di tempat asing tanpa ibu bapa.

Tapi, jika mereka sudah rasa bersedia, lepaskanlah. ALLAH kan ada untuk jaga anak-anak. Pujuk hati sendiri.



Bila malam, teringat adakah anak-anak tidur elok, sejukkah hingga mengerekot? ada nyamukkah? Perasaan emak-emak sangatlah.

Apa-apapun pujuk hati lagi, ALLAH kan ada, Malaikat ada. Anak-anak soleh pasti Allah dan malaikat jaga.


Itulah kerisauan ibu bila kebiasaannya anak-anak 24 jam di depan mata. Di sekolah pun depan mata kita (sama sekolah), tidak pernah berasrama.

Tapi, terimalah hakikat. Mereka makin besar dan sudah bersedia untuk berdikari untuk meneroka dunia yang pasti ada baik dan ada jahatnya.




ALLAH peliharalah anak-anak ini dalam berdikari meneroka dunia ini. Amin


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...