Thursday, September 5, 2019

Resepi kek coklat berhantu yang mudah

بسم الله الرحمن الرحيم

Beberapa hari lalu, ada seorang kawan yang memberi rasa kek coklat berhantu...

Ya Allah....

Sedapnya kek tersebut. Dengan rasa lemak-lemak keju kek tersebut.... Memang sedap.

Saya cuba Google dan Alhamdulillah cara membuatnya tidaklah sesukar membuat Japanese Cotton Cheese Cake yang biasa dibuat.

Saya ikut resepi di dalam blog ini:



KEK CHOCOLATE MOIST ANIS

1 cawan susu cair / fresh milk / UHT Whipping Cream
1 cawan minyak jagung / minyak masak
1 cawan susu pekat manis
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula halus / gula castor


2 biji telur Gred A

Telur di pukul dengan wisk
Ketepikan

1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam

Satukan semua bahan kering dan ayak
Ketepikan


KRIM CHEESE

250 gm Cheese
500 ml UHT Whipping Cream
3 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh pes lemon ~ jika suka ( dalam gambar tak ada )


COKLAT LELEH

250 gm coklat masakkan gelap
250 ml UHT Whipping Cream
1 sudu teh golden syrup / glucose syrup / madu
1 sudu besar butter
1 sudu besar paste Hazelnut / Nutella ( dalam gambar tak ada )
1 sudu teh esen vanilla ( dalam gambar tak ada )

*** Mohon rujuk blog di atas untuk maklumat lanjut.

Alhamdulillah.

Ia adalah resepi kek coklat berhantu yang mudah.

Resepi kek tersebut saya salin semula dalam buku nota supaya mudah untuk dirujuk dan tidak mengotorkan handphone.

Beberapa orang sahabat yang bertanya: Mengapa saya minat membuat kek?


Bila difikirkan semula mungkin ia turun dari minat mak mak membuat kek dari kami kecil dulu hingga kini.

Masa di Syria dulu, rajin juga buat kek. Namun kini, lama tak buat kek kerana tak ada orang nak makan. Anak-anak tak berapa makan sangat.

Tapi bila rakan-rakan sekerja suka makan kek, saya kembali membuat kek.

Bukan makan sangat pun. Makan sikit saja.

Cuma minat dan suka tengok orang makan sedap.




Bila membuat kek saya sering teringatkan kenangan bersama keluarga di Syria dulu.




insya-Allah semoga ia menjadi kek yang sedap untuk kawan-kawan sekerja, insyaallah.

Semoga ia juga menjadi pengerat silaturrahim dan tidak sia-sia di sisi Allah.

Amin..




Sunday, September 1, 2019

Kenangan semalam

بسم الله الرحمن الرحيم

Entry ini ditulis pada 1/5/2019

 Cuti hari pekerja yang sarat dengan mengimbau kenangan lalu...


Bermula dari mengimbau kenangan ketika zaman kuliah dulu..

Sangat merindui zaman kuliah.




Sungguh ada ketikanya sangat rindukan kenangan di Syria

Belum tengahari, dapat berita pemergian Dato' Ustaz Abu Hassan Din.

Terimbau kenangan bersama beliau ketika anak-anak membuat rakaman rancangan TV9 PESAN ATOK pada tahun 2012.

Ada tulis dalam entri di sini:





رحمه الله وأسكنه الفردوس الأعلى

Wednesday, August 28, 2019

"Doakan adik bila mama khatam Al-Quran."


بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 30/4/2019.

Ketika dalam perjalanan pulang dari masjid, saya berkongsi dengan suami dan anak-anak:
" Mama nak khatam hafazan untuk bulan ni dah. Mama dah sampai Surah Al Balad, insyaallah malam mama khatam hafazan mama."

Terus Abdullah balas seperti ini:


Sebak hati mama.

"Adik nak mama doakan apa kat adik?" 

"Doa apa-apa je...." Ringkas jawapan Abdullah.


Teringat saya antara pesanan dalam ijazah sanad Al Quran adalah untuk mendoakan sheikh dan orang muslimin setiap kali khatam Al-Quran.







Teringat pula beberapa bulan yang lalu ketika Abang Abbudey menang pidato Bahasa Arab, saya ceritakan kepada anak bahawa saya mendoakan Abang Abbudey ketika saya dalam keadaan berpuasa pada hari tersebut.

"Habis tu adik tak menang sebab mama tak doakan adik ke?"

Begitu pula fikirnya.

Hakikatnya semua anak kita sama-sama doakan secara adil

Moga doa kita yang baik-baik untuk anak-anak sentiasa diperkenan oleh Allah..Amin

Saturday, August 24, 2019

Apa perasaan seorang ibu bila anaknya menjadi imam di masjid?

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 30/4/2019.

Sekadar untuk berkongsi perasaan dan untuk mengabdikan perasaan ini untuk dikenang pada masa hadapan.

Ketika ini, dalam perjalanan pulang dari Masjid Kulim setelah selesai baba kuliah dan Abdullah jadi imam Isyak sebentar tadi.

Abdullah membaca Surah Ghafir meniru suara Sheikh Hani Ar-Rifaie seperti dalam video ini.


Sebak hati mama.

Selepas solat, saya terfikir dan berdoa:
"Ya Allah, betapa besarnya nikmat anugerah kurniaanMu yang Engkau berikan pada anak-anak yang soleh yang boleh menjadi imam di masjid, panjangkanlah nikmatMu agar mereka dapat menjadi orang yang hebat di sisiMu, memberi banyak manfaat kepada orang lain dan menjadi ikutan bagi orang yang bertaqwa dan Ahmad Zaid juga dapat menjadi seperti abang-abangnya malahan lebih baik.

Sebelum angkat takbir, makcik di sebelah saya berkata kepada rakannya di sebelah:
"Keciknya suara imam."

Selepas bagi salam, makcik tersebut berkata kepada rakan sebelahnya:

"Tak baligh lagi kot imam, suara halus."

Seperti mama, Abdullah juga ada sifat introvert seperti mama juga.

Kami sama-sama melarikan diri sebelum orang tanya-tanya.


Abdullah melayan Ahmad Zaid di koridor masjid selepas solat Isya'

Dengan berhujah: Tidak terpengaruh dengan pujian orang.

Abdullah berkata:
"Adik cepat-cepat lari sebelum depa mai tanya adik macam-macam. Sebelum adik jadi imam, tak sapa pun heran dengan adik, lepas adik jadi imam, orang pakat salam adik, cium kepala adik, terus adik lari. Adik tak berani macam abang, boleh pi jadi imam sendiri lepas orang iqamat"

Moga anak-anak kita menjadi anak yang Soleh dan ikutan kepada orang yang bertaqwa.

Tuesday, August 20, 2019

2 imam untuk solat Isyak

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 27/4/2019

Dalam perjalanan kami sekeluarga mengikut baba kuliah di Masjid Bakar Arang, Sg.Petani, Kedah.





- Abdullah: Satgi abang jadi imam Isyak tau. Adik tak mau jadi imam.

- Mama: Alaaaahhhh... Adiklah jadi imam pulak. (Abang Abbudey sudah kerap menjadi imam di masjid berbanding Abdullah.)

- Abdullah: Ok, abang jadi imam Isyak 2 rakaat, pastu abang ken***, pastu adik jadi imam pulak....

Abdullah sentiasa dengan kata-katanya yang 'win'.

Gelaklah kami sekeluarga dalam kereta.

Semoga kegembiraan dan kebahagiaan ini berkekalan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...