Saturday, April 11, 2020

Tak mustahil kamu akan suka perkara yang tidak kamu sukai pada masa dahulu.

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 20/10/2019


Walaupun sejak dari kecil, adik beradik di rumah sering membela kucing, namun saya secara peribadi tidak berapa sukakan kucing, namun tidak pula memukul dan membenci.... Sekadar tidak suka saja, kerana bau yang tidak menyenangkan yang selalu hinggap pada hidung yang agak sensitif dengan bau pula.


Anak-anak pula, Abdullah dan Ahmad Zaid sangat sukakan kucing sejak dari kecil.


Hingga saya pun pelik.


Pada fikiran saya, memang semua budak-budak kecil memang sukakan kucing secara semulajadi sejak dari kecil ke?



Ini adalah Tobby.

Kucing jantan baka marble benggal yang Ahmad Zaid bawa balik dari kedai makan.


"Tuan restoran tu bagi ambil. Dia kata orang yang buang kucing tu di restoran tu." Cerita baba.

Setahun selepas itu, kebetulan seorang kenalan Facebook bertanya samada kami masih ingin kucingnya.
Cattus.
Kucing betina baka marble benggal juga.


Setahun sebelum itu saya sangat tertarik bila melihat Puan Suri upload gambar kucingnya dalam Facebook dan bertanya jika dia ingin berikan kucing tersebut kepada orang lain.


Gambar Cattus ketika kecil yang diupload oleh Puan Suri.


Alhamdulillah kami ke Melaka untuk mengambil Cattus.

Bertolak pukul 5 pagi dari Kedah dan sampai ke Melaka pada jam 12 tengahari.


Selepas itu kami terus pulang ke Kedah dan sampai di rumah lebih kurang jam 7 petang.

Agak memenatkan. Namun alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Cattus mengambil masa lebih kurang seminggu untuk membiasakan diri dengan Tobby dan kawasan sekeliling.


Tobby bermain dengan Cattus.

Pada awalnya, kami membela Cattus dalam rumah selama hampir 3 hari kerana risau Cattus akan lari.


Kemudian kami letak Cattus dalam sangkar di luar rumah dalam masa 3 hari juga.



Apabila nampak Cattus sudah biasa dengan kawasan sekeliling dan dapat berkawan elok, kami lepaskan Cattus bebas.

Alhamdulillah. Cattus dan Tobby hidup dengan baik.

Begitulah, walaupun satu ketika pernah tidak suka dengan kucing, sekarang ia menjadi sebahagian daripada ahli keluarga kami.



Monday, April 6, 2020

Buku Ahmad Zaid belajar menulis, tak semua yang kita sangka itu tepat

بسم الله الرحمن الرحيم

*Entri ini ditulis pada 20/10/2019

Sebelum ini saya sentiasa berfikir sendiri untuk mengelakkan dari membeli buku belajar menulis yang hanya banyak huruf dan nombor dan kurang gambarnya.


Kerana pada fikiran saya, buku seperti ini sudah tentu membuatkan kanak-kanak jemu kerana terlampau banyak tulisan dan sedikit gambar.


Seperti buku di bawah ini:


Buku ini dipilih sendiri oleh Ahmad Zaid ketika ke kedai Buku Hassani.

Namun apa yang saya sangkakan selama ini adalah salah apabila Ahmad sangat suka menulis buku ini.

Yang titik-titik, Ahmad tulis sendiri. Kemudian yang kena tulis sendiri, Ahmad (4 tahun) minta saya pegang tangannya dan ajar dia menulis.

Alhamdulillah..

Ahmad suka menulis di dalam buku ini.



Sampai terlena Ahmad apabila begitu ralit menulis.

Masya Allah...

Teringat seperti Abang Abdullah juga suatu masa dulu sampai tertidur kerana asyik sangat membuat aktiviti dalam buku.


Alhamdulillah


Ini juga antara buku belajar menulis yang disukai oleh Ahmad Zaid.


Alhamdulillah...

Semoga anak-anak membesar menjadi anak-anak yang banyak ilmu dan banyak memberi manfaat kepada orang lain, insyaallah.

Wednesday, April 1, 2020

Kenangan Abdullah ketika di Majlis Konvokesyen Huffaz Nusantara 2019

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 11/10/2019

Abdullah bercerita tentang kisahnya ketika menghadiri majlis konvokesyen Huffaz nusantara 2019 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu:


"Mama, ada orang tu kata kat adik: Untunglah adik khatam Al-Quran awal lagi dari kami. Lepas tu, semua orang asyik tanya umur adik."



Patutlah begitu.....

Ketika kami lihat gambar Abdullah dan Abdul Rahman ketika berbaris untuk masuk ke dalam stadium untuk majlis konvokesyen, Masya Allah..... Kelihatan Abdullah dan Abdul Rahman yang paling kecil dan muda sekali....

Huffaz yang lain kelihatan sudah dewasa.





"Mama, masa adik ambil skrol atas pentas pun orang yang bagi skrol tu tanya adik berapa umur adik..." Sambung Abdullah lagi.


Alhamdulillah... Allah kurniakan nikmat anak-anak mampu untuk khatam Al-Quran pada usia yang lebih muda berbanding orang lain walaupun pada hakikatnya mereka menghafaz dalam masa yang lama sejak sebelum masuk tadika lagi.


Semoga anak-anak dapat menjaga hafazan Al-Quran yang telah mereka hafaz dengan baik, dapat mengajarkannya terutama kepada Ahmad Zaid, mengamalkan dan berakhlak dengan Al-Quran.

Amin

Saturday, March 28, 2020

Hijrah Rasulullah sallallahu Alaihi Wasallam Education Board Game

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 11/10/2019.

Pagi Jumaat.

Abdullah mengajak bermain permainan yang baru dapat ini.

Nampak seperti menarik.

Seperti board game yang lain, tetapi ia penuh dengan informasi dan maklumat yang berguna tentang hijrah dan tokoh-tokoh Islam.

Permainan board memang menarik dan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Dengan lukisan dan latar belakang yang comel.

Cara permainan yang ringkas dan mudah.


Banyak info yang bagus


Kalau tak dapat jawab, hilang 1 giliran untuk jalan.

Ini adalah soalan untuk Abdullah.

Alhamdulillah dia dapat jawab soalan ini.


Diterangkan cara permainan.



Menarik dan menambah informasi.

Boleh beli di fb :

Tuesday, March 24, 2020

Sebarkan atau sembunyikan

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 7/10/2019

Antara pengajaran yang baik yang dapat dari kenangan konvokesyen Huffaz nusantara 2019 ialah samada menceritakan kehebatan diri/ anak-anak/ saudara mara/ cucu atau diamkan.


Manusia ini ada bermacam-macam perangai dan telatah.

Ana yang suka bercerita kelebihan diri, anak-anak dan saudara mara kepada orang lain.

Ada pula yang diamkan saja.

Mana yang patut kita contohi.?


Dari apa yang difikirkan kedua-duanya bagus, tapi mestilah dengan sekadarnya dan tidak melampau

Contohnya, jika kita bercerita kejayaan saudara mara kita kepada orang ramai, insyaallah ada yang terinspirasi dan berusaha untuk mencontohi mereka.

Ada juga yang mendoakan kebaikan.

Namun perlu juga berhati-hati dengan hati yang dengki terhadap kejayaan orang lain.

Kerana itu berkongsilah sekadarnya.


Dalam situasi kedua, jika kita diam, ia juga mungkin baik untuk mengelakkan riyak, sombong dan takabbur, namun tak dapat pula kita memberi inspirasi kepada orang lain. Sebaik-baik manusia adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain.


Teringat saya kenangan dalam dewan kuliah ketika tahun 2 tahun 2004, di kuliah dakwah Mujamma' Sheikh Ahmad Kiftaro dulu.


Anisah Maha Alharbali, pensyarah subjek mustolah hadis bertanya di hadapan siswi:
Siapa di antara kamu semua yang hafaz 30 juz Al-Quran.?

Seperti biasa, orang melayu yang terkenal dengan rendah diri dan tawaduk, pasti dan tidak menjawab atau mengaku.

Tapi ramai yang tahu siswi X adalah Hafizah al Quran. Lalu mereka menyebut namanya.

Anisah Maha bertanya:
"Kenapa kamu tidak angkat tangan mengaku yang kamu hafaz Al-Quran semuanya? Kamu malu? Kamu takut kamu riyak?

Sebenarnya zaman sekarang kita lebih perlu mengaku kebaikan kita untuk memberikan contoh tauladan kepada orang lain supaya manusia dapat mencontohi perkara yang baik.

Kita sangat kurang mempunyai contoh tauladan yang baik sedangkan contoh keburukan itu sangat banyak."

Begitulah pandangan Anisah Maha.


Jadi sebaiknya kita bersederhana dalam apa juga keadaan.

Insyaallah semoga Allah berkati kehidupan kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...