Saturday, June 8, 2024

Abdullah ditegur oleh jemaah masjid

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 27/2/22


Dijadikan cerita beberapa hari lalu, kami pujuk Abdullah jadi imam Isyak di masjid.


Ketika sampai, jemaah masjid belum Solat Maghrib, terus diminta Abang Abbudey naik jadi imam.



Bila Isyak, Abdullah pula jadi imam.


Selepas keluar masjid, Abdullah tanya:


👦🏻: Mama, bacaan adik ok tak?


🧕🏻: Ok je.


👦🏻: Ada pakcik tegur kata adik baca ولا الضالين tebal. Kena nipiskan.


🧕🏻: Tak apa, dengar je pakcik tu tegur. Biasalah tu, baba pun ada pengalaman kena tegur dengan jemaah masjid. Baba dah ajar adik cara bacaan yang betul. 



Jadinya sepanjang dalam kereta Abdullah bercerita sedih dengan teguran tersebut.


Macam-macam ayat kami bagi semangat. Bukan semuanya indah dan mudah. Semua itu pengalaman kehidupan yang mendewasakan kita. Itulah kehidupan. DUNIA BUKAN SYURGA.

Thursday, June 6, 2024

DIDIKAN YANG SAMA, PENERIMAAN BERBEZA.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 27/2/2022


Sejak anak-anak kecil, Allah mudahkan untuk selalu bawa anak-anak ikut baba kuliah di masjid. Bila anak-anak dah khatam hafazan Al-Quran, kami latih mereka untuk menjadi imam di masjid.


Untuk Abang Abbudey, respon sangat baik, berkeyakinan dan suka untuk menjadi imam.



Berbeza dengan Abdullah kelihatan tidak selesa, tapi sebenarnya ok sahaja, cuma ada perasaan tidak selesa yang perlu dikikis.


👦🏻:Adik tak ada mood jadi imam hari ni. Lain kali lah. Adik bukan macam abang suka jadi imam. (Ciri-ciri introvert macam mama😅)



🧕🏻: Orang lelaki kena jadi imam, adik kena selalu jadi imam sampai hilang rasa tak selesa. (Sama seperti berlatih berucap di khalayak.)


Begitulah usaha memujuk dan mendidik anak-anak. Semoga membesar menjadi orang bertaqwa

Tuesday, June 4, 2024

Tips percutian ke pulau (siri 2)

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 25/2/2022


Sambungan tips dari entri yang lalu.


6. Harga hotel boleh cari Google/ Agoda/ Booking.com dan lain-lain.


Ada je harga hotel RM1XX.... Bergantung jenis bilik, pemandangan dan jenis pantai.


Ada pantai penuh batu karang, ada pantai berbatu-batu besar, ada yang berpasir halus. Semua berbeza walaupun tempat dekat-dekat. Jangan lupa tengok latest review.



7. Boleh juga tempah dengan travel agent termasuk tiket bot pergi balik jetty dan snorkeling trip kalau tak nak susah-susah survey banyak-banyak. Nak suggestkan pun, kami tak pandai😅. 


Ikut citarasa masing-masing. Kalau Dijah, dia pandai lah nak survey banyak-banyak dalam internet.


Boleh try cari sampai puas hati, pastu menabung dan plan bila nak pergi.


Sebaiknya pilih hari yang tak sesak dengan orang dan cuaca elok. Kalau tak, tak boleh buat aktiviti, kena tunggu bot lama, orang pun ramai.

Sunday, June 2, 2024

Tips percutian ke pulau (Siri 1)

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 25/2/22


Tips percutian ke pulau:


1. Sebenarnya, tak pandai pun nak bagi tips, kami pun sangatlah newbie bercuti di pulau. Orang lain bawa beg kalis air, kami bawa beg sekolah dan beg umrah je🤣. Waktu snorkeling trip, bawa beg sekolah Ahmad, habis basah😅.


Masa balik ke jeti, naik bot kecil, beg basah kena air, nasib baik ada baju kotor je.



2. Antara peralatan yang tengok orang lain pakai ialah, sarung kaki berenang (macam stokin tebal) untuk lindungi kaki luka, sebab batu karang banyak.


3. Cover telefon bimbit dan beg kalis air.


4. Bawa makanan dan air minuman dengan banyak. Sebab makanan dan air sangat mahal di pulau. 5x ganda mahalnya. Biasa sebotol 50sen, kat pulau RM4.


5. Kalau ada anak kecil, beli siap-siap peralatan mainan pasir. Ahmad guna bekas air n bekas makanan ja😅.

Keberanian remaja untuk bercakap di hadapan khalayak.

 بسم الله الرحمن الرحيم 


2 hari sebelum kejadian:


🧕🏻: Ustaz Hafiz (Mudir Madrasah Mustafawiyyah) jemput bagi ceramah pasal teknik hafazan Al-Quran untuk pelajar-pelajar sana. Abang Abbudey mau tak? Mama dengan baba boleh bagi ceramah, tapi kami bukan remaja. Kalau abang yang cakap, abang hidup sezaman dengan depa, lagi elok.


🧒🏻: Ok boleh.


Alhamdulillah, Allah berikan keberanian dan kelancaran tutur kata untuk Abang Abbudey menyampaikan ceramah dan menjawab semua soalan dari guru dan pelajar di sana.




Semoga Allah sentiasa berikan semangat yang kukuh untuk kita sentiasa bersama Al Quran dan pelihara dari sebarang keburukan, insyaallah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...