Saturday, May 17, 2014

Info buku: Buku 3D - Animal Families

بسم الله الرحمن الرحيم

Cerita kali ini tentang buku pilihan Abdullah pula.

Ini bukunya:


Animal Families
Buku 3D
dengan cermin mata 3D

Abdullah peminat buku2 tentang binatang dan permainan binatang.
 Selain minatnya terhadap robot mainan

satu pendedahan yang baru kepada anak2 tentang gambar 3D

"Nampak macam betul woo....." kata anak2
muka belakang dan harganya



gambarnya x begitu clear kerana perlu pakai kaca mata 3D untuk hasil 3D



terdapat juga 50 stickers 3D
Abdullah juga peminat buku stickers

glosari

Thursday, May 15, 2014

Info Buku: My Brilliantly Blue

بسم الله الرحمن الرحيم

Bagi pembaca blog ini tentu sudah tahu dengan kesukaan Abdullah dengan buku sticker.

Banyak perkongsian yang pernah saya letakkan dalam blog ini tentang buku sticker milik Abdullah

Pilihan Abdullah sendiri
Bahagian belakang

harganya

Antara isi kandungannya:

Boleh juga ajar anak-anak membaca dan memperkenal perkataan dalam Bahasa Inggeris.

Ada tema Planets, Binatang, Kenderaan dan macam-macam lagi.



Buku ini hampir serupa dengan dengan buku sticker yang pernah beli dulu, di sini
http://cinta-rasul.blogspot.com/2014/01/info-buku-my-big-box-of-awesome-stickers.html
(dan lebih murah lagi sikit)

Tapi sudah Abdullah minat dan berkenan dengan buku ini, layankan sajalah. =)

Tuesday, May 13, 2014

Info Buku: Buku kisah-kisah dalam Al-Quran

بسم الله الرحمن الرحيم 

Selepas dari angin semangat yang melanda (BACA DI SINI) tempohari, saya merancang untuk memulakan semula pengajian bersama anak-anak di rumah.

'Tebuk' sudah dimulakan dan pengajian Sirah dan Tafsir juga sudah dimulakan.

Untuk mengajar anak-anak tafsir dan cerita nabi-nabi, saya mulakan dengan kitab ini.
Kisah-kisah dalam Al-Quran

Sebelum ini kami sudah tamat membaca kitab Sirah Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam yang ini:
pernah tulis di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2013/03/bedtime-story-yang-sangat-best.html

Kemudian kami meneruskan pengajian sejarah Khulafa' Ar-Rasyidin dengan menggunakan kitab ini:
pernah tulis di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2013/09/buku-cerita-baru-bersama-anak2.html

pengajian buku ini sudah tamat pada bab Khalifah pertama: Abu Bakar As Siddik

kemudian terhenti sebab busy kononnya
Buku-buku ini saya jadikan rujukan ketika bercerita kepada anak-anak tentang kisah-kisah di dalamnya

Antara kisah yang ada dalam buku ini:

dimulakan dengan kisah Nabi Adam, Nuh, Hud , Solih , Ibrahim dan banyak lagi






kisah-kisahnya akan disertakan dengan dalil dari ayat-ayat Al-Quran,
jadi terus boleh baca ayat dan tafsirkan serta kaitkan dengan kisah yang dibaca.

Ia jadi pengajian sirah + tafsir sekali.

kisah buku ini

hadiah cabutan bertuah 10 tahun lalu. Di Syria

sebenarnya sangat jarang jadi bertuah menerima cabutan bertuah...





Alhamdulillah dapat dimanfaatkan bersama anak-anak. Alhamdulillah...

Saya selalu tanya kepada anak-anak selepas bercerita:

"Sebab itu kita kena paham apa yang kita baca dan hafal Al-Quran.. Kalau tak, kita tak faham apa yang ALLAH cerita kat kita dalam AL-Quran, apa yang ALLAH suruh kita , apa yang ALLAH larang kita dalam Al-Quran.

Sebab tu kita kena belajar untuk faham.

Anak-anak sangat suka apabila mendengar kita bercerita dengan mereka. Mereka yang mendengarnya lebih menjiwai dari kita yang bercerita.

ALLAH jadikan kita semua orang hafal, faham dan amalkan AL-Quran. amin


Sunday, May 11, 2014

Jangan tinggalkan Al-Quran walaupun sesibuk mana sekalipun anda

بسم الله الرحمن الرحيم


Saya pernah menulis dalam entri-entri  yang lepas, malunya bila mengajar tahfiz jika tiada masa untuk mengulang Al-Quran, Astagfirullah.

Antara cara saya untuk tidak meninggalkan Al-Quran ialah:
Mentadabbur Al-Quran pada subuh hari dapat menguatkan rohani (hati) kita yang penat dengan urusan dunia, InsyaALLAH

Oleh kerasa, saya banyak kerja-kerja di pejabat yang hanya fokus pada komputer dan tulisan(jika tiada kelas), jadi suasananya senyap sahaja dan sangat mudah mengundang mengantuk,
jadi saya sangat suka untuk mendengar audio Al-Quran bacaan Sheikh Hani Ar-Rifaie.

Bacaan beliau amat beremosi (jika sedih sangat sedih) dan suaranya nyaring dan lantang, jadi selain saya mengulang hafazan AL-Quran bersama alunan sheikh, secara tak langsung ia dapat mengelakkan rasa mengantuk.

Saya pernah kongsikan link bacaan Sheikh Ahni Ar-RIfaie di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2014/02/bacaan-sheikh-hani-ar-rifaie-yang-merdu.html

Allah berikanlah kami Istiqamah dalam melakukkannya

Ulanglah juga AL-Quran ketika memandu.

meja yang menggambar kesibukkan
eh yeke?

kerja2 senyap yang saya lakukan sehari-hari

ALLAH terimalah ia sebagai ibadah dari kami, Amin

Moga kesibukan kita ini bukan menjadi perkara yang sia-sia di sini ALLAH.
Moga ia memberatkan timbangan hasanat kita

Friday, May 9, 2014

Lego Kereta Kebal Model: 91pcs

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya mengaku bahawa kemahiran Abang Abbudey membuat lego sekarang ini lebih hebat dari saya sendiri. Dia mampu untuk mengadap lama-lama dan siapkan sebuah model Lego. Alhamdulillah dapat fokus dan berusaha untuk lakukan sesuatu perkara.Mama dah tua, tak main lego dah


Ini adalah lego yang terbaru hadiah untuk Abang ABbudey sebab habis surah Al-Quran.
Model: Kereta Kebal
91 keping

harga: kurang dari RM10

mama tengok kecik2 ni pun dah pening

Membaca panduan membuat model kereta kebal


fokus dan tekun
netbook blkg tu sdg buka video bacaan Al-Quran




ALhamdulillah siap!

p/s: serban ikat sendiri

dah darjah 2 kan, mestilah pandai lilit serban sendiri




Koleksi hingga kini.
Semua buat sendiri, mama x mampu nak menolong
semua harga bawah rm10
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...