بسم الله الرحمن الرحيم
Di usia ini, seringkali terjaga pada waktu sepertiga dengan sendirinya dan sukar untuk kembali tidur.
Ya Rabb, pujian dan syukur padaMu yang memudahkan urusan hambaMu.
Detik-detik ini selalunya terisi dengan muhasabah dan berfikir tentang kehidupan setelah selesai menunaikan tahajjud.
Ya Allah, adakah Engkau redha dengan apa yang Aku lakukan dalam hidupku?
Ya Rabb, berkatilah usaha kami, permudahkanlah kami untuk masuk ke syurgaMu tanpa dihisab.
Sehingga kepala ini seringkali rasa penat kerana terlalu banyak berfikir. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami dan berkatilah kami di dunia dan akhirat. Sungguh kami perlukan redhaMu ya Rabb. Tiada lain yang kami harapkan selain dari RedhaMu.
Terlalu banyak yang dirisaukan dalam hidup di dunia ini. Ragu-ragu dengan keputusan menjadi mainan minda.
Ya Allah lorongkanlah kami semua ke jalan yang lurus. Janganlah biarkan kami terpesong dari jalanMu Ya Rabb.
Semoga Allah mudahkan kita semua menuju Syurga AlFirdaus. Amin..
No comments:
Post a Comment