Monday, December 3, 2018

Reviu buku: Projek Mega Dalam Rumah Siri 1

بسم الله الرحمن الرحيم

Subhanallah... MasyaAllah...

Sungguh saya begitu kagum melihat kesungguhan yang besar dalam diri penulis buku ini, bukan sahaja untuk mendidik anak menghafaz Al-Quran, malahan beliau amat bersungguh-sungguh mempromosikan usaha mendidik anak dengan Al-Quran tanpa jemu dan penat.



2 siri yang menarik

MasyaAllah..

Mengapa ia penting?





Rasa malu pula dengan diri sendiri yang kurang usaha  menyeru masyarakat dengan mendampingi Al-Quran.

Astaghfirullah...




Kisah inspirasi yang menarik

Perumpamaan yang tidak pernah saya terbayang.

MasyaAllah


Buku ini amat memberi motivasi dan panduan bagi mereka yang ingin mendidik anak-anak dengan Al-Quran.

MasyaAllah...

Cenderahati yang kami dapat selaku penceramah jemputan dari program Seminar Projek Mega Dalam Rumah kelmarin (Insyaallah akan ditulis pada entri akan datang) amat saya hargai. Sungguhpun kalau tidak diberi sebagai cenderahati, saya sudah berazam untuk membelinya.


Sedikit gambar dalam program Seminar Projek Mega Dalam Rumah


Buku ini padat dengan informasi, motivasi dan maklumat yang dapat membantu anda untuk mendidik anak-anak dengan Al-Quran.

Ikut plan yang digariskan dalam buku ini, insya-Allah anda berjaya melakukannya, insyaAllah...


Contoh pelan tindakan yang realistik

MasyaAllah...

Suka dengan semangat untuk membuat kebaikan



Pelan tindakan yang jelas

Saya menghabiskan membaca buku siri pertama ini helaian demi helaian dalam masa beberapa jam tanpa jemu supaya dapat terus membaca siri ke2.

Sungguh saya sarankan untuk anda membaca buku ini.



Lagi contoh pelan tindakan yang baik





Ia bukan sekadar bahan bacaan berinformasi sahaja, malahan terdapat pelan tindakan yang anda boleh lakukan dan ikuti di akhir buku ini.

Buku yang berwarna penuh, padat dengan gambar dan graf yang menarik pasti akan menarik minat anda untuk terus membacanya hingga tamat.



Kata-kata motivasi yang menarik



Buatlah perancangan




Dalam proses membaca buku ini, insyaallah anda akan rasa bersemangat, bermotivasi untuk mendidik anak-anak dengan Al-Quran.

Semoga Allah memberkati usaha penulis buku, Ustazah Fatimah Syarha dan Dr.Farhan Hadi dan memudahkan jalan mereka mengajak masyarakat kepada kebaikan.

Amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...