Tuesday, March 11, 2025

Ahmad sukar hafal ayat Al-Quran?

 


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 16/10/22


Saya lihat Ahmad sukar untuk menyebut ayat (وَتَرَبَّصۡتُمۡ وَٱرۡتَبۡتُمۡ وَغَرَّتۡكُمُ ٱلۡأَمَانِيُّ) ketika menghafaz, kerana huruf-huruf yang berulang dan sifat huruf tebal dan nipis yang berselang seli. 



Huruf Ra dan sod yang bersifat tebal dan, huruf ba dan ta pula bersifat nipis. Begitu terperinci cara untuk membaca Al Quran.



Masalah curi nafas dalam bacaan Al Quran juga perlu diatasi. Insyaallah bacaan semakin baik seiring dengan bertambahnya usia.


 Teringat dulu masa Abang Abbudey kecik dulu pun, Ustazah Maizatul selalu pesan jangan curi nafas ketika tasmik. 


Jika dalam sehari ada 24 jam, saya anggarkan masa Ahmad hafaz Al-Quran mungkin kurang dari sejam sehari (di rumah). Lepas makan malam, Solat Maghrib, hafaz Al-Quran sampai lancar.



Selebihnya banyak main. Ahmad pulun main sungguh-sungguh. Tak cukup dengan ayam, lembu, kambing, mengail, lastik, main bola..... Sibuk sungguh. Maklong Ana kata: Kampung boy😅


Selalu pesan kat Ahmad, macamana bersungguh-sungguh main pagi-pagi, malam kena bersungguh hafal Quran.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...