Wednesday, March 5, 2025

Pengalaman diekori anjing

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 14/10/22


Ketika menyampaikan program motivasi Al Quran kepada Banat Tahfiz Mutmainnah, saya ceritakan tentang NIKMAT TEKNOLOGI yang bantu pengajian Al Quran termasuklah Al Quran tafsir Bahasa Melayu yang mudah diperolehi berbanding zaman 90an dulu.


Begitu juga dengan tasmik online. 


Dulu masa cuti musim panas di Syria, pagi-pagi pergi tasmik dengan kawan (Kak Sarah) di rumahnya. Perjalanan hampir 2km, dari Jamek Sukkar ke Bayt Fathul Mubin.


Satu hari, dalam perjalanan, diekori anjing besar. Saya menyorok dalam bangunan. Anjing tu tunggu kat luar. Akhirnya, nampak anjing tu dah pi, keluar, jalan cepat-cepat patah balik rumah. Huhu...


Lani, tekan butang call, dah boleh tasmik dengan ustazah. Tak gaduh kena ligan dengan anjing😅


Gunakanlah nikmat Allah sebaiknya.



NOTA: Jalan dari Jamik Sukkar. Mak, Dijah dan Lokman

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...