Monday, March 17, 2025

Kepentingan menghafaz

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 18/10/22


 Ketika pengajian jumaat lalu, saya ceritakan kepada Banat tentang bakat dan proses menghafaz itu adalah anugerah Allah amat diperlukan dalam kehidupan TERUTAMANYA DALAM MENUNTUT ILMU.


Lihat saja biografi tokoh ulama sepanjang zaman yang bukan hanya cerdik, tapi kuat ingatan mereka. Terlalu banyak hadis, matan, ilmu yang mereka hafal. Al Quran sudah tentu. 


Saya uji banat siapa yang masih ingat Matan Tuhfatul Atfal (tajwid) yang diajar dalam kem cuti sekolah 4 tahun lalu (Dalam video ini). Masyaallah, Ada seorang banat yang masih ingat.






Imam Asy Syafie diterima menjadi murid Imam Malik kerana telah MENGHAFAL seluruh Kitab Al Muwatta'


Siapa yang ikuti kuliah S.Said Al Kamali di Malaysia, antara takjub dan soalan yang banyak ditanya ialah: Bagaimana beliau dapat menghafal dan ingat begitu banyak. Siapa yang ikuti kuliah S.Said Al Kamali di Malaysia, antara ketakjuban dan soalan yang banyak DITANYA ialah: Bagaimana beliau dapat menghafal dan ingat begitu banyak?


Jawapan beliau: akal itu perlu diasah dan dilatih menghafaz dan ulangkaji!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...