بسم الله الرحمن الرحيم
Prinsip saya ketika membaca buku ialah, ambillah dan amalkanlah kebaikan yang terkandung dalam buku tersebut dan jadikanlah perkara yang tidak baik yang ditulis sebagai pengajaran bagi kita.
Apabila membaca buku, pasti ada pengajaran yang melekat di dalam hati.
Begitu juga ketika membaca buku BAHAGIA BUKAN GEMBIRA hasil karya Puan Anfaal Shaari.
Banyak pengajaran yang saya dapat dalam buku ini. Namun salah satu yang sangat melekat di hati ialah kisah anak-anak beliau yang melatih kemahiran berbicara dengan melakukan tazkirah pendek setiap lepas solat Maghrib, seperti yang tertulis dalam gambar di bawah ini.
Dalam hati saya, saya merasakan MasyaALLAH seronoknya apabila anak-anak dilatih memberi tazkirah bermula dari rumah. Seronoknya apabila ada pengajian bersama anak-anak di rumah.
Alhamdulillah memang saban hari kami akan menbaca Al-Quran, mendengar bacaan Al-Quran anak-anak.
Pengajian pun pernah berjalan beberapa kali (seperti yang dicatatkan dalam entri DI SINI, DI SINI, DI SINI, DI SINI, DI SINI, DI SINI, DI SINI dan DI SINI) dan terhenti akibat kesibukan dan kepenatan di siang hari. Bila tertinggal mulalah lupa untuk diamalkan semua.
Kerana itulah saya merasakan MasyaALLAH seronoknyalah kalau ada pengajian di rumah bersama anak-anak
Alhamdulillah Allah itu Maha Mendengar hasrat hamba-hambaNya walaupun hamba itu penuh kekurangan dan dosa.
Alhamdulillah pengajian kitab hadis Riyadus Solihin telah bermula beberapa hari di rumah kami bersama anak-anak.
Plan kami pengajian ini sepenuhnya dalam Bahasa Arab untuk memantapkan Bahasa Arab anak-anak
Setiap malam hanya baca 1 hadis beserta dengan syarah dalam Bahasa Arab.
Itu sahaja.
Ringkas.
Doa saya sentiasa agar pengajian ini istiqamah dan berpanjangan hingga akhir Kitab Hadis Riyadus Solihin dan membaca kitab-kitab lain pula dan ada kerja-kerja yang boleh memberi kesan yang baik untuk masa depan kami sekeluarga di dunia dan akhirat. Amin
Amin Ya Rabb.
No comments:
Post a Comment