بسم الله الرحمن الرحيم
Dahulu ketika kecil, saya sering cuba untuk faham perasaan mak dan abah yang selalu kelihatan berehat dengan buku. Berehat sambil membaca. Sentiasa ada buku baru dalam bilik mak. Biasanya buku berbahasa Inggeris dan tebal-tebal bukunya.
Kami juga biasa dengan bahan bacaan sejak dari kecil walaupun sekadar komik.
Buku yang menusuk kalbu |
Kini apabila dewasa, semakin lama semakin dirasakan nikmat membaca buku. MasyaAllah...
Rasanya tenang dan seronok sekali apabila dapat berehat dengan membaca buku.
Dunia buku ibarat dunia khayalan yang indah-indah, penuh dengan ilmu dan suasana yang mithali. Mengamalkan ilmu di dalam buku tersebut itulah kehidupan yang hakiki. Allah..
Namun perlu juga berhenti dari membaca untuk melihat anak-anak, menjaga makan minum mereka, mengemas rumah dan melakukan kerja-kerja rumah.
Teringat kembali zaman kanak-kanak dan alam universiti ketika cuti musim panas. Jika mahu berehat mengadap buku seharian pun tak mengapa. Itulah nikmat ketika alam remaja dahulu.
Apapun, setiap usia kita ada keindahannya yang tersendiri.
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment