Friday, June 22, 2018

Input ilmu dalam ziarah menziarahi.

بسم الله الرحمن الرحيم

MasyaAllah...

Adakalanya, apabila keluar dari kebiasaan kita duduk di rumah dan rutin harian kita sahaja, banyak juga input ilmu yang dapat diperolehi.

Contohnya:

Ketika ziarah beraya di rumah sanak saudara dan rakan taulan, adakalanya ada sembang-sembang yang melekat dalam hati dan dibincangkan dalam kereta untuk lebih huraian.

Ada juga yang saya simpan dalam hati, kemudian diluahkan dalam entri dalam blog ini untuk diberi manfaat kepada orang lain insyaAllah.

Antaranya ialah:

1. Baba berpesan kepada kami supaya mencontohi kesungguhan tuan rumah yang bersungguh-sungguh meraikan tetamu. Pastikan apabila jemput orang masuk ke rumah, bawa masuk terus,jangan ditunjuk sahaja, kerana orang tak biasa dengan rumah kita dan akan jadi malu untuk masuk.

2. Terimalah dengan hati terbuka jika tuan rumah tidak dapat menerima dan melayan kita dengan sebaiknya kerana kesibukannya. Dalam hidup bermasyarakat hati mesti besar dan mudah memaafkan orang lain.

3. Kami takjub dengan semangat kejiranan masyarakat di Sabak Bernam ketika menziarahi ustazah saya di sana. Kami dapat lihat budaya baraan yang menghidupkan suasana ukhuwah dan mahabbah sesama jiran dan sanak saudara.

Saya baru tahu tentang budaya baraan dari status ustazah.

Kami juga ada ketika masyarakat di sana beramai-ramai menaiki motosikal keliling kampung dari rumah ke satu rumah.

Ustazah kata:
"Hari ini giliran orang perempuan berjalan raya keliling kampung."

Bukan hanya anak muda sahaja yang menaiki motosikal, makcik-makcik pun ada. Rasanya setiap peringkat umur.

Namun hanya perempuan sahaja pada hari tersebut.

Unik kan?



4. Antara kata-kata yang berbekas di hati ( bukan kerana terasa hati) mungkin kerana terasa hikmah dalam kata-kata tersebut:
"Allah itu Maha Adil. Dia ambil sikit dari bahagian kita sebelah sini, dia bagi lebih belah sana."

MasyaAllah.

Sungguh kata-kata ini membuatkan saya tersentap.

Adakalanya kita membandingkan diri kita dengan orang lain yang kita nampak lebih sempurna kehidupan mereka, tanpa kita sedari, kita lupa bahawa ramai orang di luar sana inginkan kehidupan seperti kita yang mereka pandang lebih sempurna.

Jadi, syukurilah apa yang ada, yang Allah berikan kepada kita.

Usahakan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita dengan penuh amanah. Insyaallah ada kebahagiaan di dunia dan akhirat.

5. Saya juga sangat takjub dan terinspirasi dengan semangat seorang bapa yang menggambarkan masa depan anak kecilnya ( berusia 4 tahun) dan bercerita di hadapan kami ketika kami beraya di rumahnya. Semangat untuk berjaya yang memberi inspirasi kepada orang lain.

MasyaAllah.

Begitulah sedikit sebanyak manfaat yang dikutip dari Syawal tahun ini.

Semoga bermanfaat kepada orang lain.

Amin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...