Friday, November 23, 2012

Anak2 terdidik untuk bersedekah

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya pernah menulis tentang tips2 membawa anak kecil ke masjid dan manfaat yg dapat dari aktiviti membawa anak2 ke masjid dan mendengar kuliah2.

Kali ini InsyaALLAH saya akan menulis tentang satu lagi kelebihan dan manfaat  membawa anak ke masjid.

Iaitu mendidik mereka bersedekah... Pahala sedekah itu walaupun dengan nilai sedikit, tapi ganjarannya melimpah ruah....

Antara pahala bersedekah:

Tergolong dalam golongan yang mendapat naungan ALLAH pada  hari akhirat nanti
sumber: google image

Sumber: Google Image

Sedekah itu memadam dosa2 sebagaimana air itu memadam api
sumber: google image

Apabila anak2 melihat jemaah lain masukkan duit dalam tabung bergerak (kadang tabung yang tak bergerak) , mereka pun excited nak masukkan juga duit ke dalam tabung bergerak itu. Perkara ini biasa terjadi bila anak2 selalu pergi ke masjid.

Demikianlah, persekitaran yang soleh itu akan mencorak anak2 yang soleh , InsyaALLAH



Kanak2 merasa seronok dapat mengisi duit dalam tabung di masjid2


Berlari pula selepas isi tabung bergerak..
Orang  dewasa pun sll lupa, inikan pula anak2, lg sll lupa...
kena ingatkan sll adab2 ketika di dalam majid...

Semoga dapat terus istiqamah.
Sama2 kita latih anak2 membiasakan mereka ke masjid walaupun pada awalnya banyak UJIANNYA lagi2 ketika anak2 masih kecil... Perkara yang baik itu memang banyak ujiannya, di situlah kemanisannya...

Jom ajak ahli keluarga semua..

بسم الله الرحمن الرحيم

InsyaALLAH jika ada kelapangan dan kesihatan, mari sama2 kita ajak keluarga kita semua untuk berpausa 9 dan 10 Muharram, InsyaALLAH. 

Moga kita semua beroleh keampunan dan kerbekatannya, InsyaALLAH.

Doakan kami sekeluarga juga ya =)








sumber semua imej : google image.

jangan lupa juga untuk doakan saudara kita di Syria dan Palestin ya?
Doa orang yang berpuasa itu maqbul, InsyaALLAH.

Wednesday, November 21, 2012

Web yang bagus untuk pembelajaran kanak2

بسم الله الرحمن الرحيم

Kali ini InsyaALLAH saya akan berkongsi tentang satu website yang amat bagus untuk pembelajaran anak. Malahan ia juga amat menyeronokkan kanak2.

Website ini juga adalah 'penyelamat'  ketika buku aktiviti untuk Abdullah sudah habis dibuat dan tidak sempat untuk membeli buku baru.

Inilah websitenya:
http://www.education.com/



http://www.education.com/worksheets/first-grade/math/?filter=worksheets





Website ini menyediakan pelbagai kertas kerja untuk ibu bapa print dan beri kepada anak2.Kertas kerja yang sangat comel dan membantu ibu bapa untuk memberi aktiviti yang berguna untuk anak.anak.


terdapat pilihan subjek, kelas dan topik yang sesuai utk anak




menggunting dan menampal puzzle yang baru diprint

aktiviti ceria selepas ulang hafazan waktu malam


menyiapkan kerta kerja matametik yang baru diprint dengan gembira


Inilah puzzle yang Abdullah gunting dan tampal
http://www.education.com/files/53801_53900/53811/picture-puzzle-1.pdf


 Abdullah membuat kerja dengan gembira...



              KLIK SINI UNTUK LIHAT LEBIH BANYAK AKTIVITI KRAF YANG MENARIK 

Tuesday, November 20, 2012

Lagi BERITA gembira...Syukur kepada ALLAH

بسم الله الرحمن الرحيم

" InsyaALLAH... Moga menjadi 'PEMIMPIN' bagi ganerasi yang bertaqwa (berdasarkan doa واجعلنا للمتقين إماماً ), InsyaALLAH."

Itulah respon hati saya, pertama kami membaca tajuk hadapan sisipan Famili dalam akhbar Berita Harian yang bertarikh 20/11/2012 (Hari Selasa).

Inilah tajuk yang dimaksudkan itu

Ringkasan artikel ini boleh dibaca di sini:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Generasibertakwa/Article

Sebenarnya proses interview sebulan lalu berlaku dengan sangat simple dan mudah. Hanya melalui panggilan telefon dan emel sahaja. Begitulah betapa mudahnyalah kecanggihan teknologi masakini. Alhamdulillah...

Dan interview melalui panggilan telefon tersebut dijawab oleh baba.
Cik puan wartawan itu juga sangat berbudi bahasa dan sangat memberikan bantuan, pilihan dan kemudahan kepada kami sekeluarga..





Pada asalnya mereka hendak menghantar photographer untuk mengambil gambar keluarga kami dari KL ke Kedah, tapi rasanya agak menyusahkan pula untuk meredah perjalanan lebih 4 jam semata2 untuk mengambil beberapa keping gambar kami sahaja.

Jadi baba memberi cadangan biar kami emelkan sahaja gambar2 keluarga kami. 




Dan oleh kerana kami tidak memperolehi kamera2 canggih (hanya ada handycam yang sudah sebaya dengan ABbudey) , jadi kami menggunakan khidmat profesional  Pak Long Amir untuk menolong tangkap gambar kami sekeluarga di rumahnya.

Kerja merakam gambar sebenarnya tak semudah yang dilihat (hahaha)... Sangat kekok bila orang nak tangkap gambar kita, terus jadi kaku dan pelik (hahaha)...Sampai berpeluh2...

Saya bacakan berita ini kepada Abbudey agar dia rasa dihargai.
Kami ajarkannya mengucapkan alhamdulillah syukur,
dan berlindung dari sifat riya' , hasad dengki ('ain)
dan berdoa semoga ia terus istiqamah dan menjadi lebih baik.
Kami ajarkan juga doa:
( Ya ALLAH jadikanlah aku lebih baik dari apa yang mereka sangka,
 ampunilah daku apa mereka tidak tahu, )



Doa saya moga ALLAH sentiasa memberi kita KEKUATAN  hati yang sentiasa bersyukur atas segala nikmatNya dan sabar (serta bersyukur) atas segala ujianNYA...Amin..



Semoga tulisan ini memberi inspirasi dan kesedaran kepada masyarakat diluar sana tentang kepentingan didikan agama kepada anak2 sejak dari kecil, InsyaALLAH...



Terima kasih kepada semua.

الحمد لله....الشكر لله
جزاكم الله خيرا كثيرا
=)

Monday, November 19, 2012

Alhamdulillah...selesai sudah Seminar Langkah Mudah Didik Anak Hafaz Al-Quran di Sungai Petani, Kedah

بسم الله الرحمن الرحيم

 Alhamdulillah...segala puji dan syukur dipanjat kepada ALLAH SWT yang telah memudahkan segala urusan kami. ALHAMDULILLAH...

Alhamdulillah...Seminar Langkah Mudah Didik Anak Hafaz Al-Quran yang julung-julung kalinya diadakan di utara Malaysia mendapat sambutan yang menggalakkan. Alhamdulillah atas nikmat yang ALLAH kurniakan.

Seminar bermula pada pukul 9.15pagi dan berakhir pada pukul 5 petang. 

Alhamdulillah ramai peserta yang hadir awal. Seawal jam 8.30 sudah ada peserta yang tiba di perkarangan Dewan KISMEC, Sungai Petani, Kedah.

Alhamdulillah juga peserta2 tidak menhadapi masalah untuk mencari lokasi seminar dijalankan.

Pengerusi  Majlis
Ustaz Amir Mohd Nason

Abbudey menyampaikan hafazan Surah AL-Muzzammil
Sepanjang tempoh mengendalikan, mempromosikan seminar ini banyak pertolongan dari ALLAH dipinta saban hari. Menjadikan diri ini benar2 sedar hakikat diri ini sebagai seorang hamba ALLAH yang hanya mampu merancang sahaja dan ALLAH jualah yang mempunyai kuasa merealisasikannya...

 ALhamdulillah semuanya berjalan lancar....Lega rasanya....ALhamdulillah...
Abbudey

Sesi 1: Ustaz Amri

Ustaz Amri

Abdullah menyampaikan hafazan dari Surah Nuh


Jutaan terima kasih, Jazakumullahu Khairan kathira diucapkan kepada setiap individu yang menyokong usaha menyedarkan masyarakat tentang peri pentingnya mendidik anak-anak dengan Islam sejak dari kecil lagi.
Semoga ALLAH memberi ganjaran yang terbaik kepada anda semua ALLAH.




Darwisya menghafaz Surah Luqman

Darwisya

Ayah kepada Darwish dan  Darwisya

Encik Rojali Edris

Darwish menghafaz Surah AL-Mulk



Puan Lina Karim



Puan Lina


Abdul Rahman (yg demam) dan Darwish bermain2 di sofa hadapn pentas

Antara peserta yang hadir

Ibu kepada Puan Lina dan Abdullah (yg sudah tertidur kepenatan) di akhir seminar.
Penat dari pagi..kesian....


Keluarga yang hebat (MasyaALLAH)

main cak cak pula

Untuk melihat lebih banyak gambar menarik  yang diambil dalam seminar ini boleh layari:
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.468593189851128.109991.265460076831108&type=3
Didoakan juga semoga ALLAH memberkati segala usaha peserta-peserta seminar ini dan mempermudahkan urusan mereka dalam perjalanan mendidik anak-anak mereka menjadi huffaz cilik.. Amin.


جزاكم الله خيرا كثيرا
=)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...