Tuesday, July 2, 2024

Pahit manis membesarkan anak-anak

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 12/4/22



Situasi ini sering dilalui dalam mendidik anak-anak. 


Malahan pernah juga dengar pengalaman sahabat yang melalui situasi begini juga.


Kisahnya, selepas solat terawih, Ahmad ikut baba moreh dengan jemaah masjid.





👨🏻: Anak ustaz lelaki 3 orang kan?


👦🏻: Aah, Superman, Spiderman, Batman.


👨🏻: Orang rumah ustaz tak moreh sama?


👦🏻: Mama dalam kereta, dia tak mau makan. Dia gemuk.


................


Inilah antara cabaran membesarkan anak-anak. Bukan semuanya indah-indah belaka. Jika sahabat-sahabat/ tuan/ puan/ ustaz/ustazah yang dengar Ahmad cakap bukan-bukan, nasihatilah dia.


Semoga kita semua terhindar dari dosa lidah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...