Oleh: Muhammad Abd Rahman bin Amri.
بسم الله الرحمن الرحيم
Seminggu sebelum berangkat ke bumi mesir, Sheikh Mahmood ada memberikan kepada saya satu link berkenaan majlis-majlis ilmu yang terdapat di Mesir.
https://whatsapp.com/channel/0029VaaO92J2Jl87trfird3Y
Saya follow channel tersebut. Saya mendapati bahawa terlalu banyak majlis ilmu di Mesir ini. Namun realitinya belum diketahui.
Sewaktu di Malaysia saya beranggapan bahawa majlis-majlis ilmu tersebut terletak berdekatan antara satu sama lain.
Mengikut Ahmad untuk kursus Nahu pada musim panas di Universiti Al Azhar |
Dalam kursus Nahu di Universiti Al Azhar |
Kursus Nahu yang disertai pada hari kedua setelah tiba di Mesir. |
Selepas tamat kursus Nahu, saya sertai kelas Usul Fiqh dan Syarah kitab Bidayah Wan Nihayah. |
Apabila tiba sahaja di sini, pada hari kedua, saya meminta kepada Ahmad agar menemani saya ke Jamek Azhar kerana saya ada terbaca iklan tentang kelas nahu.
Apabila saya mendapati bahawa Sheikh tidak hadir. Saya terus membuka semula channel yang telah saya ikuti.
Saya dapati bahawa banyak lagi dars yang sedang berlangsung pada waktu tersebut.
Saya terus meminta kepada Ahmad untuk membawa saya ke tempat tersebut. Namun katanya tempat itu terletak jauh dari Jamek Azhar.
Disebabkan itu, saya memutuskan untuk murajaah Al Quran di Jamek Azhar kerana bagi saya bukan mudah untuk menjejakkan kaki ke Jamek Azhar.
Selepas murajaah tidak smpai 10 muka surat, telefon saya berbunyi kerana notifikasi wassap yang telah dihantar oleh Ustaz Daniel.
Kawan Ahmad masak nasi di rumah sewa kami. Syawarma beli 70 Geneih |
Saya terus membukanya lalu mendapati bahawa terdapat daurah yg akan diadakan berhampiran Jamek Azhar.
Saya terus bergegas ke tempat itu bersama Ahmad lalu berjaya menyertai daurah tersebut.
Setelah selesai daurah pada jam 1 petang. Ahmad mempelawa saya untuk pergi ke dars umumi yang sedang berlangsung di Jamek Azhar.
Tanpa berfikir panjang, saya terus mengikutinya kembali ke Jamek Azhar.
Pahit manis menaiki Tramco/ van/ service untuk ke majlis ilmu |
Menaiki Tramco menuju kelas mengaji |
Terdetik ketika itu di dalam hati bahawa padatnya majlis ilmu yang diadakan di Mesir ini lalu saya teringat kata-kata Sheikh Mahmood.
"مجالس العلم هناك كثيرة ، من يريد أن يتعلم يتعلم، ومن لا يريد لا يتعلم"
Majlis ilmu di Mesir ini sangat banyak. Siapa yang ingin belajar, dia akan belajar. Siapa yang tak mahu, dia tak akan belajar.
اللهم يسر لنا في طلب العلم🤲🏻
No comments:
Post a Comment