بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 14/4/22
"Korang hafaz Al Quran tak faham makna ke? Kan dah lama belajar B.Arab? Mak masuk kursus B.Arab pun dah mula boleh faham Al Quran sikit-sikit." Soalan mak ketika di Syria dulu buatkan saya fikir panjang.
Sebenarnya, banyak ayat Al-Quran yang faham tafsirnya, tapi untuk fokus datangkan tafsir ketika ulang hafazan perlu kepada KEGIGIHAN.
Contoh yang simple:
Kita tahu tafsir Surah Al Fatihah, adakah kita dapat fikir tafsirnya setiap kali baca? Atau baca di mulut, tapi fikiran dok ingat ke juadah buka puasa?😅
Baca Al Quran, hafaz, faham, hayati, tadabbur, amalkan... semuanya perlu FOKUS dan KEGIGIHAN. Kerana syurga itu MAHAL nilainya.
FOKUSSSSSS
--------------------
Suka dengar bait syair ini.
Kata-kata yang indah dan makna yang mendalam.
No comments:
Post a Comment