Saturday, July 13, 2024

Macamana Abang Abbudey boleh pi Mesir? (Siri 1)

 بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini adalah untuk kenangan anak pertama, Abang Abbudey keluar menuntut ilmu di Mesir selepas 18 tahun hidup bersama, dok di rumah nampak mama baba, pi sekolah pun mama baba dia mudir mudirah, pakcik makcik dia ustazah.


Alhamdulillah, tiba masa mereka dah remaja, lepaskan mereka dengan segunung nasihat buat bekalan mereka berdikari menuntut ilmu di negara orang.



Macammana Abang Abbudey tiba-tiba boleh nak pi Mesir?

Kisahnya berlaku bila kawan-kawan abang Abbudey dah mula sambung mengaji lepas SPM. Masing-masing dah mula masuk Darul Quran, Kuala Kubu Baru, IQDAR Alor Setar, yang sambung STAM.

🧒🏻: Kawan-kawan abang, ramai dah mula masuk mengaji.

🧕🏻: Ok. Abang nak mengaji kat mana sementara pi Indonesia? Nanti mama carikan.


Insyaallah kami cadang untuk Abang Abbudey sambung mengaji di Maahad Sheikh Mahir.

Sheikh Mahir sudah lama kami kenali. Yang tasmik baba Al Quran sejak di Syria.





Mama baba mula tanya orang untuk abang Abbudey mengaji sementara tunggu masuk mengaji di Indonesia bulan 9 nanti.

Nak pi Syria, kawan-kawan di Syria ramai yang balik cuti. Abbudey nak tinggal dengan siapa di sana?

Alhamdulillah satu pagi dalam masjid, cuba tanya kawan Mesir, Ustazah Karimah tentang hasrat Abbudey mengaji Talaqqi.


Ustazah Karimah bagitau anak dia di Mesir Kaherah sedang cuti musim panas, belajar Talaqqi di masjid universiti Al Azhar.


Bincang dengan suami, tanya Abang Abbudey dan mula nak beli tiket. 

Tapi ada ujian-nya.


Insyaallah akan sambung pada entri akan datang.







Kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan kita. 

Kerana itu Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam ajar untuk meminta TAKDIR YANG BAIK².



Alhamdulillah antara doa yang dah ajarkan dalam kelas Jumaat kepada Banat tahun lepas. 



Bersambung.......





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...