Tuesday, March 26, 2019

Berkongsi: Muhasabah untuk diri sendiri.

بسم الله الرحمن الرحيم

Bukan sekali saya terfikir untuk tidak berdiri di khalayak ramai, berkongsi pengalaman (terutamanya dalam mendidik anak-anak).

Mengenangkan diri yang punya banyak salah silapnya dan kelemahan seringkali membuatkan hasrat untuk berkongsi terbantut.

"Aku tidaklah sehebat mana."

"Aku pun banyak cacat cela dalam amalan, inikan pula nak mengajar orang lain."

Itulah suara dalaman hati yang sering menggalakkan untuk tidak berkongsi pengalaman diri dengan orang lain.

Namun cuba untuk memintas suara tersebut:

"Kalau nak tunggu diri ni perfect, sampai bila pun kita takkan perfect. Kita manusia penuh salah silapnya di sana sini. Moga-moga dengan perkongsian kita ini mendapat keberkatan Ilahi, orang lain mengamalkan, kita dapat pahala, Allah bagi kebahagiaan pada kita dan keluarga kita."

Pengalaman berkongsi tajuk keibubapaan dalam Seminar Projek Mega Dalam Rumah pada 2 Disember tahun lalu.






Sesungguhnya banyak perkongsian secara lisan atau tulisan, ia sebenarnya banyak memberi muhasabah kepada diri sendiri melebihi dari manfaat yang disampaikan kepada orang lain.


Walaupun kita yang berbicara, namun kita jugalah orang pertama yang sentap dengan ucapan dan tulisan kita.

Semoga Allah merahmati kita semua.

Amin


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...