بسم الله الرحمن الرحيم
Sungguh bila membaca buku, terasa betapa idealnya dunia buku.
Buku motivasi sarat dengan info yang sangat ideal. MasyaAllah, beruntung sekali jika dapat diamalkan.
Namun hakikatnya ia tidak semudah yang tercatat di dalam buku.
Sungguh saya amat terasa ketenangan dan aura positif bila membaca buku. Sungguh tugas sebagai pendidik, mendidik anak pelajar dan anak-anak sendiri perlu kepada banyak motivasi.
Adakalanya terasa sangat kekurangan pada diri kita berbanding dengan dunia di dalam buku yang sangat ideal dengan sikap-sikap mahmudah. Ya Allah bantulah kami untuk mengamalkan apa yang baik yang kami baca.
Apabila berada di dunia realiti, adakalanya terasa kita ini berlainan dengan apa yang kita baca. Banyak sungguh compang-camping dalam diri ini. Allah...tampalkanlah compang-camping pada diri kami ini dengan keimanan dan sifat-sifat mahmudah.
Begitu juga sungguh terasa diri ini kosong, kurang ilmu walaupun banyak membaca. Rasa macam tak mampu nak ingat apa yang dibaca. Saya cuba sehabis mungkin untuk menyebarkan info buku yang dibaca dengan harapan ia melekat di hati sendiri dan juga audiens lain.
Semoga Allah merahmati dan memberkati usaha kita.
No comments:
Post a Comment