Saturday, February 21, 2015

Abdul Rahman memasak muhallabiyyah

بسم الله الرحمن الرحيم

Muhallabia adalah sejenis manisan seperti dadih susu yang biasa terdapat di Syria.

Tapi terdapat rasa air bunga mawar juga di dalam muhallabia ini.

Ramai yang tertawan dengan rasa muhllabia ini. Lebih-lebih lagi kalau dapat makan ketika pulang dari tempat kerja.

Nyaman.

Di Syria dulu, selalu juga membeli muhallabia ini.

Dan sebelum ini pernah juga membeli di kedai makan arab di sini. Rasanya hampir sama dengan rasa muhallabia di Syria.

Abdul Rahman sangat sukakan muhallabia ini.

Apabila jumpa muhallabia mix ini, saya meminta AbdulRahman belajar memasaknya

sekotak rm3
boleh dapat dalam 4 bekas kecil

Biasanya 1 bekas kecil muhallabia dijual dengan harga rm5.
Jadi, agak berbaloi kalau buat sendiri.


Simple saja untuk membuat muhallabia ini.

1st step:
Sukat susu.
Dalam resepi tulis 450ml, Tapi bagi saya rasa muhallabia ini agak manis, jadi saya lebihkan lagi susunya

2nd step:
Campur tepung muhallabia dengan susu dan masak atau api yang kecil sehingga likat dan agak mendidih.

Last sekali:
Tuang muhallabia dalam bekas, sejukkan. Letak dalam peti ais sehingga pejal seperti dadih.
Siap dimakan


Simple sangat kan?
ALhamdulillah. Syukur atas nikmat ALLAH

Thursday, February 19, 2015

Kereta Solar

بسم الله الرحمن الرحيم

Kali ini pula tentang rekabentuk kereta solat

Kereta solar yang dibuat bersama anak2.



Video kereta solar yang bergerak dari sinaran matahari yang masuk dari dalam rumah bumbung yang lutsinar:


Wednesday, February 18, 2015

Apa khabar hafazan anak2?

بسم الله الرحمن الرحيم

Lama tidak menulis entri tentang hafazan anak-anak.

Maaf jika entri dalam blog ini tidak membincangkan isu-isu terkini kerana entri dalam blog ini kebanyakkan adalah auto-post yang ditulis pada masa lapang sahaja dan disetkan tarikh mengikut turutan. 

Untuk tahun 2015 ini, ALhamdulillah anak-anak (termasuk anak2 tahfiz juga) melakukan peperiksaan ulangan hafazan2 yang lama bagi memastikan hafazan mereka mantap dan kukuh diingatan, InsyaALLAH. 

Begitulah harapan tinggi kepada anak2 ini. Sangat bimbang jika masa bertahun2 dihabiskan untuk menghafaz AL-Quran, namun apabila sudah khatam, banyak yang lupa. Untuk mengelakkan lupa, mestilah banyak mengulang hafazan-hafazan yang lama lebih-lebih lagi ketika di rumah.


Budaya dan rutin di rumah sangatlah memainkan peranan penting dalam kualiti hafazan anak-anak.
Jika rutin harian mereka berkualiti, mementingkan hafazan dan ulangan AL-Quran, InsyaALLAH hasilnya ingatan hafazan yang mantap dan kukuh, InsyaALLAH.

Begitu juga sebaliknya, jika di rumah budaya hiburan, TV, game bertakhta, bagaimanalah AL-Quran dapat membenih dalam diri kita dan anak-anak?

 Nauuzubillahi min zalik

rekod ulangan Abdullah untuk Bulan Januari sebanyak 63 mukasurat hafazan lama
Selesai semuanya.

Sekarang sedang menambah hafazan yang baru di samping
mengulang hafazan-hafazan yang lama.

ini pula rekod hafazan Abdul Rahman.
Hafazannya untuk tahun lepas sebanyak 220 mukasurat
Dan ulangan hafazan lama untuk bulan Januari 2015 sebanyak 130 mukasurat
103 mukasurat untuk ulangan hafazan lama pada Bulan Januari

Masih ada baki dan tidak menambah lagi hafazan barunya.
Bagi saya biarlah hafazan lamanya berkualiti dan kukuh.
Tidak perlulah terlalu terkejar-kejar untuk menghabiskan hafazan AL-Quran,
InsyaALLAH baki lebih 100+ mukasurat lagi hafazan lama
 untuk bulan ini InsyaALLAH

InsyaALLAH hafazan baru anak-anak juga akan mantap jika
hafazan lamanya mantap dan mereka akan yakin dengan hafazan
mereka InsyaALLAH
 Doa untuk semua anak2 agar hafazan mereka mantap, mampu memahami dan mengamalkan AL-Quran, berakhlak dengan akhlak AL-Quran. Amin3. ALLAH perkenankanlah

Dan besar sekali harapan agar Abdul Rahman dan Abdullah dapat mendidik adik-adik mereka dengan Al-Quran pula InsyaALLAH. (BACA SINI)

Sering berharap dan terfikir dan dititipkan amanah bahawa anak yang sulung ini perlu dididik dengan sebaik-baiknya, tahu memikul tanggungjawab yang berat agar mereka dan membantu kita dalam mendidik adik-adik yang seterusnya. Jika ibu bapa sudah di usia tua, terlupa untuk menegur kesalahan anak2 kecil ini, anak yang tualah yang diharap memainkan peranan membetulkan adik-adiknya, InsyaALLAH

Di rumah, pembelajaran masih seperti dulu, audio AL-Quran dipasang sebanyak masa yang mungkin, TV dan hiburan diminimumkan seminimum mungkin, ibarat garam dalam masakan, sedikit sekadar keperluan menghilangkan lelah sahaja dan bukan untuk dijadikan amalan dan rutin hidup, budaya ilmu dan membaca terus disemai, Ibadah dan solat diawal waktu diamalkan sentiasa.

menjahit dan memperbaiki sendiri dolphin yang koyak

Banyak lagi yang perlu ditingkatkan dan dipolish lagi.
ALLAH berkati dan berikan istiqamah dan terus maju demi mencari keredhaanNya.

Monday, February 16, 2015

Lori Solar

بسم الله الرحمن الرحيم

Kalau dahulu, saya pernah tulis dan berkongsi tentang solar windmill. 
Kali ini akan berkongsi tentang Lori Solar pula.

Masih menggunakan set solar yang sama, cuma ubah sahaja apa yang mahu dibuat

inilah rupanya lori solar yang simple

Yang boleh bergerak menggunakan sinaran matahari

Video lori solar yang bergerak dari sinaran matahari yang masuk dalam rumah dari bumbung yang jernih:


Saturday, February 14, 2015

Memancing di Tasik Darul Aman, Jitra, Kedah.

بسم الله الرحمن الرحيم

Memang banyak kali dah kami pernah pergi ke Tasik Darul Aman, Jitra, Kedah, boleh baca DI SINI dan DI SINI. Tapi tak pernah tahu yang boleh memancing di sini.

Waktu memancing ialah dari buka taman hingga jam 12 tengahari sahaja. 

Ini adalah aktiviti ketika cuti hujung tahun 2014 yang lalu.


Abdullah nak rasa juga pengalaman pancing ikan


Bila hujan turun renyai-renyai, memancing bawah payung pula.
Alhamdulillah, hujan tak lebat


Bersama keluarga Pak Ngah Azli

Hasilnya:
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

SATU TONG IKAN LAMPAM .
Alhamdulillah., sedap digoreng, tapi kena hati-hati sebab banyak tulang yang halus2.


Tutup tong, kalau tidak ikan lompat




TEMPAT MENARIK DI KEDAH
  1. Bendang Man (Mei 2011)
  2. Ladang Anggur Kedah, Tasik Beris, Ulu Legong Hot Spring, Menara Alor Seta, Muzium Padi, Tasik Darul Aman (Mac 2012)
  3. The Regency, Gunung Jerai (April 2012)
  4. Pameran Ular (Jun 2012)
  5. Darul Aman Suite Hotel, Jitra (Ogos 2013)
  6. Mini ESCAPE, Village Mall, Sungai Petani (Disember 2013)
  7. Sedim Rainforest Resort (Disember 2013)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...